Sunday, October 24, 2010

Terkini PRK Batu Sapi: Sah Datin Linda Tsen Thau Lin Calon BN

Akhirnya isteri mendiang Datuk Edmund Chung Ket Wah-Datin Linda Tsen Thau Lin yang juga Naib Ketua Wanita PBS Bahagian Elupora sebagai calon BN bagi PRK P-185 Batu Sapi Sandakan.

Pengumunan pencalonan Linda diumumkan oleh Pengarah Pilihanraya PRK Batu Sapi Datuk Musa Aman yang juga Ketua Menteri Sabah.

Turut hadir di dewan Komuniti Sandakan adalah Timbalan Perhubungan Umno Negeri Datuk Salleh Tun Said dan Timbalan Persiden PBS Encik Almudin Kaida.

Pemilihan Datin Linda memang telah dijangka memandangkan pengaruhnya di kawasan parlimen Batu Sapi.

Datin Linda dijangka ditentang oleh Persiden SAPP Datuk Yong Teck Lee dan calon PKR.

Kemungkin PRK Batu Sapi akan menyaksikan pertandingan lebih 3 penjuru, termasuk calon bebas.

No comments:

Post a Comment