Sebentar lagi Linda Tsen Thau Lin isteri mendiang EdmundChung Ket Wah diumumkan sebagai calon Bn bagi kawasan P-185 Batu Sapi Sandakan.
Untuk itu rakyat di kawasan Parlimen Baru Sapi di Sabah diminta bijak memilih wakil rakyat yang mampu memastikan kelangsungan pembangunan sosial dan ekonomi di kawasan itu.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata hanya Barisan Nasional (BN) sahaja yang mampu memastikan apa yang diperlukan rakyat di kawasan itu menjadi realiti.
"Kita (BN) tahu apa tipu helah parti pembangkang dan kita tidak ada masalah untuk berdepan mereka. Kita mempunyai rekod khidmat yang baik, selalu bekerja membela nasib rakyat dan kita mahu pembangunan di kawasan tersebut diteruskan.
"Ini yang rakyat mahu. Bukan retorik atau cakap sahaja...cakap kosong, berjanji bohong ini tidak betul," katanya pada sidang akhabr di sini pada Sabtu.
Beliau berkata penduduk di Batu Sapi juga perlu sedar dengan adanya wakil rakyat BN yang memahami sentimen dan permasalahan tempatan, banyak agenda pembangunan akan boleh dilaksanakan.
Musa, yang juga pengarah operasi pilihan raya kecil itu, berkata jentera pilihan raya BN sudah cukup bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya kecil itu pada 4 Nov ini.
Mengulas mengenai calon BN bagi kawasan itu, beliau berkata Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Perdana Menteri, telah bersetuju dengan calon yang dikemukakan oleh BN Sabah.
Musa berkata calon tersebut merupakan anak jati Sandakan dan disenangi rakyat di kawasan Batu Sapi.
BN dijangka mengumumkan calon tersebut dari Parti Bersatu Sabah (PBS) pada pukul 2.30 petang di Dewan Komuniti Sandakan.
Mengenai Parti Maju Sabah (SAPP) yang memilih presidennya Datuk Yong Teck Lee sebagai calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu nanti, Musa berkata penyertaan Yong memang telah dijangka.
Beliau mengingatkan rakyat supaya jangan perbesarkan isu calon yang bertanding tetapi sebaliknya kepentingan rakyat perlu diutamakan.

No comments:
Post a Comment