Tuesday, October 19, 2010

PRK Batu Sapi: Tiada Sebab SAPP beri laluan pada PKR

16 Oktober lalu Yong Teck Lee Persiden SAPP telah mengumumkan bahawa mungkin dirinya akan mewakili SAPP bagi PRK Batu Sapi.

Dalam sidang media Anwar Ibrahim hari ini, dia mengumumkan bahawa PR telah sepakat bahawa PKR akan mewakli gabungan 3 parti itu berhadapan dengan calon PBS daripada BN.

Anwar juga meminta agar SAPP memberi laluan kepada PKR agar tidak meletakkan calonnya bagi mengelak pertembungan 3 penjuru.

AYT merasa pelik, apa istimewanya PKR sehingga meminta agar supaya SAPP memberi laluan kepada PKR.

Jika ianya benar-benar berlaku, maka kemenangan BN sudah dalam genggaman, kerana yang dikuatiri BN adalah calon SAPP.

Senitmen tempatan di Batu Sapi kini, bahawa SAPP masih di depan di banding BN, sedangkan PKR tidak pun diambil kira.

Senitimen di Batu Sapi sekarang, jika BN bertembung calon SAPP, keputusannya adalah 50:50, namun jika BN-PKR, keputusannya 60% bagi BN, jika berlaku 3 penjuru, maka BN pasti menang.

Pengundi Batu Sapi seramai 26,000 orang; 60% daripadanya adalah pengundi bumiputera islam, sementara 38% adalah pengundi cina. Namun berasaskan kepada trend pengundian, pengundi bumiputera yang akan turun tidak melelibi 40%, manakala cina, mencapai 80%.

Trend ini lah yang mencemaskan BN. Namun berasaskan kepada pengalaman Datuk Musa Aman, sebagai pengarah pilihanraya dan juga wakil rakyat bahagian Pantai Tiumr Sabah itu, maka DSMA tahulah apa yang perlu dibuat untuk menggalakkan agar pengundi bumiputera turun mengundi.

Pengundi Cina diperkirakan 60% akan mengundi Pembangkang seperti trend yang lalu, mana kala selebihnya masih memilih BN.

Jika jumlah pengundi bumiputera yang turun mengundi mencapai 40%, adalah pasti BN tetap menang.

Pada PRU-12 lalu, mendiang Datuk Edmong Chung Ket Wah mendapat undi 9,479, manakala calon bebas Chung Kwong Wing mendapat 5,771. Edmond menang dengan kelebihan 3,708 undi.

PRK Batu Sapi, selain julung kalinya di Sabah, PRK juga menguji sejauh mana Sabah sebagai Simpanan Tetap BN. Dengan keadaan ini, sudah tentunya Datuk Musa Aman, mempunyai tugas yang sangat berat.

No comments:

Blog Archive