Thursday, October 21, 2010

KJ belum terlambat; jika sayangkan Pemuda Umno: Berilah peluang pada orang lain

KJ ditomah tidak mampu mengerakkan pemuda Umno secara keseluruhan. Ketua pemuda Umno itu dikatakan hanya "berperang" dengan Perkasa Pribumi negara.

Zaman kegemilangan ketua pemuda tidak semarak lagi. Perkara ini dapat disaksikan apabila Khairy berucap di persidangan pemuda. Ucapan KJ jarang mendapat respon yang baik, malah jarang mendapat tepukkan.

Nampaknya setelah 2 tahun menjadi ketua pemuda, KJ belum mampu mempupuk sokongan daripada pemuda sendiri.

KJ selama mengetuai pemuda bukan mengamalkan gerak kerja yang jitu, akan tetapi hanya bersifat retorik.

Pemuda adalah sayap kanan parti. Apabila sayap ini tidak berfungsi, maka timpanglah Umno secara keseluruhan.

Melihat sokongan kepada Khairy yang kurang menyerlah, AYT merasakan, jika KJ sayangkan pemuda, berilah peluang pada orang lain, yang boleh membawa pemuda ke era kegemilangannya.

PRU-13 tidak lama lagi. Jika beginilah keadaan pemuda Umno, dikhuatirkan, ianya bukan sahaja berakbiat fatal kepada parti tunjang melayu itu, malah berakibat lebih buruk, yakni penolakkan rakyat sepenuhnya kepada parti terbesar melayu itu.

KJ perlu ingat, sokongan akan sendirinya datang, jika sesebuah parti itu kuat. Apabila parti itu lemah, dengan sendirinya tidak mendapat sokongan.

KJ perlu sedar, bahawa kepimpinannya tidak diterima. Oleh kerana itu, berkorbanlah, demi parti.

Perwakilan pemuda Kedah misalnya telah menzahirkan kegagalan KJ memperkasa Umno khasnya di Kedah. Malah wakil pemuda itu, mengatakan sangat menyesal kerana menyokong KJ semasa perebutan Ketua Pemuda 2 tahun lalu. Ini lah salah satu bukti, bahawa kepimpinan KJ tidak diterima.

No comments:

Blog Archive