Thursday, October 07, 2010

Kebetulan PRK Galas; Kebetulan juga Muhamad Rahimi membuat pendedahan: Siapa yang merancangnya???

MUDAH sungguh pihak Pakatan memutar belit fakta. Laporan polis yang dibuat oleh Muhammad Rahimi Osman di IPD Klang semalam, dimana dalam laporan itu bekas setiausaha sulit Anwar itu mendakwa dipaksa menandatangi surat akuan bersumpah untuk mengaitkan Najib dan Rosmah mansor yang kononnya kes Anwar meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah konspirasi Perdana Menteri itu dan isterinya.

Rahimi terpaksa membuat laporan polis kerana tidak mampu lagi menanggung beban pembohongan dan pemalsuan. Atas sebab itu, bekas pegawai Anwar itu tampil untuk merungkai semua pembohongan yang telah diatur oleh pihak Anwar.

Dalam laporannya di IPD Klang, Selangor Rahimi mengatakan bahawa dia telah dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah berkaitan kes liwat akhir Jun 2008.

Rahimi berkata dia telah dipaksa menandatangani akuan bersumpah pada 28 Jun 2008, yang mendakwa Najib dan Rosmah mendalangi konspirasi terhadap Anwar dalam kes liwat melibatkan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Saiful mendakwa dia diliwat Anwar beberapa hari sebelum itu dan kes itu sedang berlangsung.

Laporan polis dibuat Rahimi kira-kira 3.03 petang semalam.

Dalam laporan itu, Rahimi mendakwa beliau telah dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah oleh Latheefa dan juga beberapa anggota parti di Quality Hotel akhir Jun 2008.

Dalam perkembangan lain, kononnya laporan Muhamad Rahimi Osman itu ada kaitan dengan PRK Galas. Umno-BN dikatakan telah gerun dengan PRK, terutama di kawasan majoriti melayu, kerana itu Umno-BN terpaksa merangka strategi termasuk "laporan yang dibuat oleh bekas setiausaha sulit Anwar itu".

AYT ingin bertanya, apa keterkaitan Umno-Bn dengan Muhammad Rahimi?

No comments:

Blog Archive