Friday, October 15, 2010

Benarkah Bajet petang ini bajet PRU-13?

Ketua pembangkang telah meramalkan bahawa bajet petang ini adalah bajet PRU-13.

Sebeblumnya kerjaan telah menangguhkan pelaksanaan GST.

Dalam satu kenyataan kementerian kewangan mengatakan bahawa rakyat akan benar-benar diberi penerangan yang sejelas-jelasnya mengenai GST sebelum ianya dilaksanakan.

Sebenarnya GST menguntungkan rakyat yang tergolong dalam pendapatan sedarahana dan rendah.

Pengalaman Australia misalnya yang melaksanakan GST pada tahun 1999, menunjukkan, bahawa sistem itu boleh menaikkan produktiviti syarikat-syarikat pengeluar, pembekal-pembekal yang ada kaitan dengan keperluan roji rakyat.

GST sebenarnya bagi menjawab pengurangan subsidi yang diberikan kerajaan.

Pemberian subsidi mempunyai banyak kelemahan dibanding sistem GST. Yang perlu sekarang adalah penjelasan kerajaan kepada rakyat.

Namun yang menarik adalah bajet petang ini yang akan dibentang di dewan rakyat.

Seperti kebiasaan apabila bajet dibentangkan- cukai untuk barangan yang bersifat lifestyle seperti rokok,arak akan dikenakan cukai tambahan.

Sementara itu, cukai yang berkaitan dengan pribadi- cukai pendapatan, cukai korporat akan diturunkan demi merancakkan pertumbuhan.

Sudah tentu juga bajet untuk pembangunan- samada bandar atau luarbandar.

Janji Najib bahawa pembangunan antara Malaysia Timur dan semenanjung perlu diseimbangkan- ada kemunginan penumpihan bajet kali.

Pemberian insentif kepada barangan yang mempunyai impak tinggi juga akan menjadi tumpuan bajet.

Bajet juga akan menumpuhkan kepada "lost talent" dan akan merungkainya pada bajet kali ini.

Apakah isi penuh bajet tersebut? apakah bajet hari ini bajet PRU-13? atau kah bajet hari ini petanda ada PRU mengejut? sama-sama kita tunggu pada pukul 3 petang ini.

No comments:

Blog Archive