Thursday, September 02, 2010

Hati-hati putarbelit cyber trooper Pakatan

Gambar super impose yang menunjukkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sedang menyembelih lembu merupakan cara cyber trooper Pakatan menjalankan "reverse psikologi" kononnya gambar seumpama itu disebarkan oleh pihak-pihak pro Umno.

Sebelum ini bloger RBF telah memaparkan bahawa gambar tersebut merupakan hasil kerja pemangku Ketua Pemuda Pas WP.

Tujuan penyebaraan gambar palsu tersebut bagi menggambarkan bahawa UMNO-BN telah ketandusan idea berhadapan dengan Pakatan terutama Lim Guan Eng.

Dalam memberi komen terhadap gambar palsu tersebut LGE mengatakan bahawa perbuatan tersebut adalah daripada mereka yang ketandusan idea dan tidak bermoral.

Di pihak Pakatan Gambar palsu yang menggunakan teknik super impose kononnya didalangi oleh penulis upahan yang menggelarkan diri mereka sebagai 'PAS Beruk'.

Kata Lim, mereka yang terbabit itu adalah “pembohong bersiri” yang menggunakan teknik yang dipelopori oleh menteri propaganda Jerman, Joseph Goebbels ketika era rejim Nazi, Adolf Hitler yang cuba menyediakan rakyat dari segi psikologi menghadapi peperangan dan pemusnahan tamadaun manusia.

"Namun, kita tidak boleh kata bukan semua orang mempercayai pembohongan seperti itu dan propaganda berkenaan kerana ada juga yang akan mempercayainya,” katanya.

Selasa lalu, Pemuda PAS Wilayah Persekutuan yang diketuai oleh pemangku ketuanya Herman Samsudeen mengelaurkan kenyataan media mengutuk perbuatan itu. Cara seumpama ini adalah cara terbaru Pakatan; mereka mencipta isu kemudian mengutuknya semula.

Para cyber pro umno-BN kena mengambil langkah berjaga-jaga demi menangkis cara terbaru Pakatan ini.

No comments:

Blog Archive