Polis hampir kenal pasti motif kematian misteri bekas ADUN Permatang, Datuk Aziz Mohd Noor dan pembantu peribadinya, Siti Rohana Ismat,lapor Berita Harian Online.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata siasatan polis terhadap kes kematian itu kini sudah 90 peratus siap.
Beliau juga mengulangi bahawa tiada pihak ketiga terbabit dalam kes kematian Aziz dan Siti Rohana yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjung Karang.
Semalam, Khalid berkata, siasatan polis hanya menjurus untuk mencari motif tembakan terhadap kedua-dua mangsa.
Katanya, polis juga sedang merakam percakapan beberapa saksi antaranya orang pertama tiba di tempat kejadian dan orang yang melihat kenderaan mangsa terbabas di Kilometer 455.7, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Sungai Buloh dekatShah Alam.
"Seperti yang diberitahu sebelum ini, tiada orang ketiga terlibat dalam kes itu. Jadi jangan buat sebarang spekulasi, kami akan maklumkan hasil siasatan selepas mendapat laporan bedah-siasat kedua-dua mangsa," katanya.
Beliau berkata polis masih menjalankan siasatan sama ada Abdul Aziz menembak dirinya sendiri setelah melepaskan tembakan ke arah bekas pembantu peribadinya itu.
Pada kejadian pada jam 11 pagi itu, Abdul Aziz, 64, dan Siti Rohana Ismat, 43, ditemui mati dengan kesan tembakan pada kedua-dua kepala mereka dalam kereta yang dipandu Abdul Aziz yang terbabas di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Sungai Buloh dekat Kuala Lumpur.
Polis turut menemui sepucuk pistol Revolver .38 yang dipercayai milik Abdul Aziz dalam kereta itu.

No comments:
Post a Comment