Tuesday, July 20, 2010

Siapa Yang Boleh Jawab: Kalau Anwar Masuk Penjara Pasti BN Menang PRU-13

JANGAN ambil mudah, jika Anwar masuk penjara kerana bersalah meliwat, maka pasti BN menang dalam PRU-13.

Rekod menunjukan tahun 1999,2004 apabila Anwar masih dalam penjara, maka BN mengekalkan 2/3 kerusi dewan rakyat, manakala bagi negeri-negeri hanya Kelantan dikuasai pembangkang sejak tahun 1990.

Walaupun Terengganu dikuasai Pas pada tahun 1999,namun pada PRU-11, negeri itu berjaya dirampas semula oleh BN.

Tahun 2008 yakni PRU-13, Anwar telah ikut berkempen, walaupun tidak menjadi calon pilihanraya, akibatnya 5 negeri jatuh ke tangan pembangkang disamping kerusi BN di dewan rakyat hanya mempunyai majoriti mudah.

Apa kah senario boleh diguna pakai, bahawa apabila Anwar dipenjarakan, maka BN akan menang?

Senario politik telah berubah. Jika dahulu terlalu sukar bagi parti pembangkang terutama DAP dan PAS bersatu sebumbung, tetapi kini, dua parti berlaian fahaman itu telah bersatu dalam Pakatan.

Dua hari lalu, parti-parti Semenanjung tersebut bersama-sama SNAP telah melakukan pakatan pembangkang Negeri Sarawak bagi menghadapi PRU- Sarawak yang perlu diadakan pada Julai 2011. Pakatan pembangkang itu akan mengemuka calon satu lawan satu bagi menghadapi BN-Sarawak. Pakatan Sarawak yang pada masa ini diketuai oleh MP Sibu daripada DAP telah membuat sasaran 36 kerusi ADUN bagi menumbangkan kerajaan BN-Sarawak pimpinan Pehin Seri Taib Mahmud melalui majoriti mudah.

Tidak dapat dinafikan kini, bahawa kekuatan Pakatan adalah ditangan Anwar Ibrahim, di mana kes sodomy II nya akan bersambung pada 2 Ogos depan. Penangguhan perbicaraan ini disebabkan peguam utamanya Karpal Singh kini sedang sakit kerana jangkitan paru-paru.

Hakim yang mendengar perbicaraan tersebut telah memutuskan bahawa pada 2 Ogos, jika sekalipun Karpal Singh tidak dapat hadir, maka perbicaraan akan teruskan.

Berasaskan kepada keputusan hakim tersebut, maka ada berbagai andaian termasuk daripada luar negara, bahawa kes sodomy II cepat-cepat ditamatkan, agar supaya jika Anwar bersalah, maka Anwar cepat-cepat dipenjarakan.

Jika Anwar dipenjara, maka Pakatan akan pincang menghadapi PRU-13 kerana kehilangan Nahkoda.

Persoalannya ada sesiapa kah yang boleh menjamin, jika Anwar di penjarakan, maka sokongan rakyat akan menyebelahi BN?

Isu sekarang ini yang melanda negara adalah, selain isu royalti minyak kelantan, isu pengurangan subsidi, isu keteresan projek mega umpamanya PKFZ, isu pembangunan kampung baru, isu biasiswa, isu felda dan isu kenaikan harga barangan serta lemahnya parti-parti komponen BN khasnya MCA, MIC dan Gerakan tidak menyumbangkan kepada pilihan rakyat?

Kes sodomy II misalnya masih mendapat perhatian warga luar terutama Amerika, walapun satu ketika kes tersebut sudah agak mengendur disebabkan kecaman Anwar terhadap rejim zionis.

Namun akhir-akhir ini nampaknya nama Anwar telah kembali menjadi perhatian warga asing, contohnya kenyataan mantan duta besar Amerika Syarikat di Malaysia yang mengandaikan bahawa sekiranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman bersalah atas tuduhan meliwat, adakah beliau akan dinafikan peluang ikat jamin dan terus dihumban ke penjara?

Senario itu dikemukakan oleh bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia, John R Malott, melalui rencana pengarangnya yang disiarkan di The Wall Street Journal - akhbar yang paling tinggi edarannya di Amerika, semalam.

"Ketika melawat Malaysia bulan lau, adalah jelas bukan sahaja kepada Anwar tetapi juga pemerhati lain bahawa mereka menjangkakan keputusan bersalah pada Ogos nanti,” tulis Malott.

"Persoalannya sama ada dia akan bebas dengan ikat jamin semasa rayuannya atau terus dihumban ke penjara.”

Menurut Malott pengalamannya berkhidmat di Kuala Lumpur antara 1995 hingga 1998 menyakinkannya bahawa perbicaraan liwat kedua membabitkan bekas timbalan perdana menteri itu adalah bermotifkan politik.

"Segala yang saya ketahui ketika itu dan sekarang ini, membawa kepada rumusan bahawa perbicaraan ini adalah untuk mengketepikan beliau dari politik,” katanya.

Merujuk kepada kejayaan Anwar pada pilihan raya umum 2008, Malot berhujah perbicaraan liwat sekarang bertujuan melemahkan pakatan pembangkang yang semakin bersemangat.

"Rancangan politik kerajaan adalah untuk menghumban Anwar ke penjara supaya pembangkang menjadi kucar-kacir dan tidak bersedia. Kemudiannya, pilihan raya mengejut diumumkan dan mereka akan menang dengan mudah,” katanya.

Menurut Malott adalah mustahil bagi Anwar bagi menang pada perbicaraan itu, lebuh-lebih lagi apabila bukti-bukti penting kes itu dinafikankepada peguamnya. Malah, media-media yang dikuasai kerajaan telah juga menghukumnya dengan mendapati beliau 'bersalah' dalam laporan mereka.

"Malaysia tidak mempunyai sistem juri. Keputusan ditentukan oleh seorang hakim yang dilantik oleh kerajaan yang sama yang mahu Anwar dikeluarkan dari politik,” katanya.

Dalam artikelnya itu juga, Malott mendakwa kerajaan BN sekarang dibelenggu oleh pelbagai masalah dan mereka bertekad untuk mengurung Anwar agar segala kepincangan itu tidak dihebohkan.

Katanya, ekonomi Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini menunjukkan terdapat kadar pertumbuhan, namun perangkaaan itu disokong oleh perbelanjaan kerajaan.Tindakan itu menyaksikan hutang negara semakin membesar manakala pelaburan terus asing (FDI) cukup kecil.

No comments:

Blog Archive