Tuesday, April 20, 2010

Zaid Sukar Dapat Undi Pas: Isu Peribadi Menjadi Masalah

Kekalahan Zaid pada PRK Hulu Selangor disebabkan pengundi Pas tidak dapat menerima Zaid, kerana masalah peribadi calon PKR itu yang dikaitkan dengan arak dan judi.

Jika penyokong Pas memangkah Zaid, ini bermakna mereka menerima pemimpin atau wakil rakyat peminum dan kaki judi.

Walaupun kononnya pendedahan bahawa calon PKR itu pada pilihan raya kecil hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim peminum arak tegar tidak akan membuahkan hasil.

Pengakuan Zaid yang beliau ketika berada dalam Umno adalah peminum arak tegar merupakan pengakuan bunuh diri, kerana pengakuan itu membuatkan para pengundi Pas menjauhkan diri daripada calon PKR itu.

Pendedahan oleh beberapa bloger itu dikatakan akan menjejaskan sokongan PAS terhadap bekas ketua Umno bahagian Kota Bharu itu.

Ahad lalu, bekas menteri di jabatan perdana menteri itu berkata dakwaan beliau meminum arak adalah cerita lama dan beliau sudah bertaubat kepada Allah SWT.

"Apapun kelemahan saya, apapun ketidaksempurnaan, saya adalah seorang manusia dan mampu jadi wakil rakyat.

"Saya tidak hipokrit, apa yang silap, silaplah," katanya kepada pemberita sewaktu berkempen dari rumah ke rumah di sebuah estet India di Kerling di Hulu Selangor.

Dalam perkembangan berkaitan, petugas PAS di Unit Peti Undi (UPU) Kalumpang mengaku; bahawa para penyokong Pas bersikap 'dingin' dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor.Walaupun ada petugas Pas daripada Shah Alam turut serta untuk berkempen, namun setakat ini agak lembab.

Tinjauan rakan-rakan FB mendapati perang poster sudah bermula bagi seluruh kawasan Hulu Selangor.

No comments:

Blog Archive