Friday, April 23, 2010

Zaid Gagal Majukan Kota Bharu Kini Kata Mampu Majukan Hulu Selangor

Zaid jadi wakil rakyat untuk kawasan parlimen Kota Bharu Kelantan selama sepenggal bermula tahun 2004-2008. Akibat kegagalannya memajukan kawasan itu, maka dia digugurkan pada PRU-12.

Zaid memang bijak membuat pendekatan kepada Tun Abdullah, PM masa itu. Walaupun BN kehilangan kerusi 2/3 di parlimen, kerana kebijakan mengabui Tun Abdullah, maka Zaid diberi kedudukan sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri mengawasi bahagian perundangan dan kehakiman.

Tujuan Zaid hanya dapat membayar pampasan kepada para hakim yang dipecat, kerana salah laku. Setelah semua bayaran telah dijelaskan, Zaid buat angkara, kononnya kerana beberapa pelampau ditahan melalui ISA, maka Zaid letak jawatan sebagai menteri. Satu gimik yang halus, nampak seolah-olah Zaid ini adalah pejuang demokrasi tulin. Namun, dilubuk hati Zaid adalah, jika jadi menteri, maka tindakkan utamanya untuk mendapat kelulusan kerajaan membayar pampasan kepada para hakim tersebut. Melalui pampasan tersebut, maka telah menggambarkan bahawa tindakan para hakim yang mendapati bahawa hakim-hakim yang dipecat kerana salah laku adalah silap.

Walaupun majoriti anggota kabinet tidak setuju dengan cadangan Zaid itu, namun disebabkan Perdana Menteri menyetujuinya, maka para menteri tiada pilihan lain, selain bersetuju. Pembayaran dilaksanakan dengan cepat sekali, agar supaya misi Zaid terlaksana dengan cepat tanpa gangguan. Benar juga, setelah bayaran kepada para hakim dibuat, Zaid melakukan beberapa kenyataan yang bercanggah dengan keputusan kabinet dan kerajaan. Sebenarnya Zaid minta dipecat, namun Abdullah tidak memecatnya. Disebabkan pemecatan tidak kunjung datang, maka Zaid yang memang mempunyai agenda tersendiri, memlakukan provokasi kepada Tun Abdullah, dengan menghadiri konvensyen PKR di Shah Alam. Zaid berdalih, dia dijemput. Tidak salah mendengar pendapat parti pembangkang terhadap kerajaan. Itu lah alasan Zaid apabila ditanya kehadirannya di konvensyen PKR itu.

Walaupun Zaid melakukan provokasi kepada pimpinan BN, Tun Abdullah juga tidak memecatnya. Zaid terpaksa meletakkan jawatan sendiri, dan kemudian masuk PKR. Setelah Zaid menjadi ahli PKR, Anwar melantiknya sebagai penyelaras Pakatan, dalam usaha mendaftarkan Parti Pakatan.

Nama Zaid menjadi kontraversi lagi, apabila mempengaruhi cabang-cabang PKR Sabah untuk menolak Azmin Ali sebagai pengerusi PKR negeri. Akibat pergolakan itu, Dr Jefferi Gapari Kitingan Naib Presdien PKR pusat dan Christina Liew MT PKR Pusat letak jawatan.

Nama Zaid sekali lagi muncul apabila dicalonkan sebagai calon PKR PRK Hulu Selangor mengatasi pilihan Azmin Ali Dr Halili Rahmat Bendahari PKR Hulu Selangor. Disebabkan Dr Halili dipermainkan, maka doktor pakar saraf itu keluar daripada PKR.

Zaid yang dikatakan mempunyai kegemaran mengkonsumi alkohol dan lumba kuda adalah taruhan Anwar untuk mempertahankan Hulu Selangor yang dimenagi parti itu pada PRU-12 melalui Allahyarham Dr Zainal Abidin Ahmad. Dr Zainal telah meninggal pada 25 Mac lalu mengakibatkan kerusi P94 Hulu Selangor kosong.

Zaid dalam siri kempennya mengatakan boleh memajukan Hulu Selangor jika dipilih sebagai wakil rakyat, walaupun sebelum ini telah gagal memajukan kawasan parlimen Kota Bharu Kelantan yang diwakilinya selama sepenggal (5 tahun).

Dalam pekembangan lain mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meminta pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor yang akan mengundi Ahad ini, supaya memilih calon Barisan Nasional (BN).

Mantan perdana menteri itu berkata ini adalah kerana terbukti BN mampu membawa pembangunan dan perubahan ke kawasan mereka dan seterusnya memantapkan lagi taraf hidup rakyat di sini.

"Negara kita aman dan tenang, walaupun kita telah mencapai banyak kemajuan di kawasan bandar, banyak lagi yang perlu dilakukan di kawasan luar bandar, " katanya ketika berceramah untuk pilihan raya tersebut di Serendah.

Beliau berkata negara telah mencapai kemajuan kerana pemerintahan BN, kerana pemimpin perikatan tersebut bekerja untuk kemajuan negara dan bukan untuk kepentingan individu.

"Bila kita majukan negara semua mendapat faedah dan ini terbukti hanya boleh dilakukan oleh BN," katanya.

Bercakap mengenai calon Parti Keadilan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim, beliau berkata bekas menteri itu boleh diibaratkan sebagai katak.

"Dulu dia dalam Umno jadi menteri, lepas itu dia melompat ke pembangkang. kaki belakang dia cukup kuat kerana sekarang dia dapat jadi calon pembangkang.

"Kita tak sepatutnya pilih atau percaya orang yang suka melompat macam ini. Nasihat saya jangan pilih orang macam itu.

"Nanti dia mabuk entah apa yang dibuatnya. Dia tak berjudi tapi ada kuda lumba. Saya pun ada kuda 30 ekor tapi bukan kuda lumba. Dia mengakui ada kuda lumba tapi dia kata dia tak berjudi, saya tak faham ni," kata Dr Mahathir.

Katanya calon BN P. Kamalanathan, yang turut hadir di ceramah tersebut pula merupakan calon yang bersih, fasih berbahasa Malaysia dan faham akan kehendak rakyat.

Bercakap di sidang media selepas ceramah tersebut yang dihadiri lebih 500 orang, Dr Mahathir berkata beliau tidak ingin orang tahu yang beliau akan berkempen di Hulu Selangor.

"Sebab itu bila orang tanya saya, saya cakap saya tak pergi berkempen, tetapi sebagai penyokong setia BN saya membuat keputusan untuk datang juga," katanya.

No comments:

Blog Archive