Saturday, April 17, 2010

PRK Hulu Selangor: Peluang BN-PKR Masih 50:50

Walaupun Datuk Seri Najib mengatakan bahawa kawasan Hulu Selangor adalah wilayah BN yang dipinjamkan sementara kepada PKR, namun di mata dan pengamatan seorang pemimpin Sabah Datuk Salleh Said Keruak yang sekarang ini berada di Hulu Selangor, keadaan masih 50:50.

Pengamatan ini bukan sahaja diasaskan kepada kehadiran para penyokong masing-masing semasa penamaan calon pagi tadi, akan tetapi juga kepada taburan bendara dan sepanduk di merata tempat di Hulu Selangor.

Sementara itu YDP Perkasa Sabah  pada masa ini juga berada di Hulu Selangor; Musli Oli berkata, jika pengundian dilangsungkan hari ini, barisan nasional akan menang dengan kelebihan sekurang-kurang 3,800 undi.

Bagaimanapun kata YDP Perkasa Sabah itu, kemungkinan pola ini akan berubah semasa musim berkempen. Masa berkempen telahpun bermula dan akan berakhir tepat jam 12 malam 24 April ini.

Semasa penamaan calon pagi tadi negara ini menyaksikan lagi pesta demokrasi. Sementara 4 orang calon mencuba nasib dipilih sebagai wakil rakyat Hulu Selangor, 20 ribu yang lain dihiburkan dengan PEKIKAN, LAUNGAN: liwat dan kaki botol lawan Altantuya+ Chua Soi Lek dan Umno Apco.

Rupanya dalam mencari pengganti Dr Zainal Abdidin Ahmad yang telah meninggal pada 25 Mac lepas, para kandidat yang mencuba nasib untuk menggantikan Allahyarham, terpaksa mencipta Slogan yang tiada kaitan dengan para pengundi Hulu Selangor.

Rupanya pesta demokrasi membolehkan ini semua.

Pada penamaan calon hari  ini, BN diwakili oleh P kamalanathan, PKR oleh Zaid Ibrahim, semenatara dua calon bebas adalah VS Candran (ahli MIC yang digantung) dan seorang yang tidak dikenal Johan Mohd Diah. Seorang calon bebas lain gagal mengemukakan pencalon pada masa yang ditetapkan.Kesemua calon telah disahkan bertanding, maka itu, PRK Hulu Selangor melibatkan 4 penjuru.

No comments:

Blog Archive