Thursday, April 15, 2010

Menjelang PRK Hulu Selangor: Tamparan Hebat Bagi PKR: ADUN PKR Batu Arang Kedah Keluar Parti

Pada sidang medianya di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada jam 3.30 petang ini, Tan Wei Shu mendakwa tindakannya itu kerana dipermain-mainkan oleh pemimpin partinya.

Wei Shu adalah mantan exco kerjaan kedah yang telah digugurkan baru-baru ini, kononnya kerana tidak berprestasi dalam menjalankan tugas sebagai exco.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang di Kedah, Tan Wei Shu mengumumkan beliau keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini dengan menuding kelemahan kepimpinan parti itu sebagai alasannya.

“Saya membuat keputusan ini kerana saya telah dipergunakan oleh kepimpinan parti untuk berkhidmat demi kepentingan beberapan individu tertentu,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Keputusan itu dilihat sebagai kritikal ketika Pakatan Rakyat-PKR berhadapan dengan cabaran mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.

Wakil rakyat ini sememangnya menjadi fokus arena politik tempatan sejak kebelakangan ini.

Ketidakhadiran pada Majlis Pelantikan Exco Kerajaan Negeri Kedah yang baru di Istana Anak Bukit 10 Mac lalu menimbulkan teka-teki mengenai kedudukannya dalam PKR.

Malah tindakannya yang dikatakan mengambil cuti sejak minggu lalu telah menimbulkan spekulasi kemungkinan beliau akan keluar PKR.

Tan yang memegang jawatan Exco selama dua tahun tidak dilantik semula ke jawatan tersebut berkuat kuasa 10 Mac lalu dan tempatnya diambil alih oleh seorang lagi wakil rakyat PKR iaitu ADUN Sidam, Tan Show Kang.

Seorang lagi penyandang yang tidak dilantik semula ialah ADUN Pantai Merdeka, Abdullah Jusoh daripada PAS.

Bagaimanapun Pengerusi PKR negeri, Ahmad Kassim ketika ditemui selepas majlis berkenaan berkata, beliau yakin ADUN Bakar Arang itu akan terus bersama PKR berdasarkan perbualan terakhir mereka menerusi telefon minggu lalu.

“Beliau memberitahu saya masih setia dan menyokong perjuangan PKR. Cuma beliau rasa sedikit terkilan dan mengambil cuti.

“Saya yakin beliau akan terus setia dengan perjuangan parti berdasarkan jaminan mulut beliau sendiri,” katanya.

Ahmad berkata, lagi pun tiada guna bagi Tan melompat parti kerana ia tidak memberi sebarang kesan kepada kerajaan negeri.

No comments:

Blog Archive