Friday, March 19, 2010

Shafie Afdal: Anwar Sudah Terjerat Dengan Pendedahan Zaharin

Pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya sudah terjerat apabila menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong dan sokongan pihak tentera dalam rancangan 16 September untuk mengambil alih kerajaan, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Katanya, pendedahan yang dibuat oleh Anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang kini wakil rakyat bebas dan bekas anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah membuka rahsia Anwar sekaligus menunjukkan taktik yang direncanakannya.

"Kita perlu tahu yang mendedahkan perkara itu bukan calang-calang. Ini bekas Pengerusi Perhubungan PKR dan juga Ahli Parlimen maknanya beliau ini mempunyai jawatan yang tinggi dalam parti satu ketika dahulu"

Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata ini menunjukkan kebenaran akhirnya muncul walaupun Anwar mencuba pelbagai taktik, katanya.

"Sebagai seorang ahli politik dan kononnya pejuang kebenaran, Anwar seharusnya mempertahankan diri melalui pendebatan dan bukannya meninggalkan dewan".

"Ini bukan cakap orang UMNO, tetapi cakap kawannya dahulu. Anwar selalu mereka yang ini mainan politik UMNO.. Mana ada penglibatan kita di situ,".

"Sikap Anwar yang meninggalkan dewan menunjukkan orang ini yang kononnya seorang pemimpin tidak boleh dikritik".

"...tetapi apabila dia mengkritik dia mahu supaya perkara itu didengar. Tidak bolehlah macam itu. Kita sebagai ahli politik harus terbuka dalam menerima kritikan,".

Semalam, Zahrain dalam sidang Dewan Rakyat mendedahkan Anwar telah menyatakan kononnya Yang di-Pertuan Agong dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia akan menyokong beliau sebaik sahaja majoriti Anggota Parlimen Barisan Nasional yang melompat diperolehi pada 16 Sept lepas.

Anwar juga menurut pengamatan Zahrain bersikap bermuka-muka kerana pemimpin pembangkang itu sentiasa berubah dalam perjuangan membela orang Melayu dan mempertahankan Islam.

No comments:

Blog Archive