Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid melahirkan perasaan sedih dan kecewa dengan sikap pemimpin negeri Kelantan yang tidak melawat Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra semasa menerima rawatan di Singapura.
Bagaimanapun Tengku Anis mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor serta barisan Kabinet yang selalu bertanya khabar mengenai kesihatan Baginda.
"Sampai bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew pun datang berziarah, tetapi daripada pihak Kelantan tidak ada. Itu yang menyedihkan saya," titah Baginda dalam nada sebak di Majlis Solat Kesyukuran dan Sambutan Maulidul Rasul yang dihadiri lebih 5,000 hadirin yang memenuhi Dewan Kompleks Majlis Agama Islam Panji, dekat Kota Bharu, semalam.
Baginda bertitah, doktor yang merawat Tuanku Ismail melahirkan kekagumannya dengan kebesaran ayat al-Quran serta solat hajat yang diadakan sebelum itu kerana mampu menyedarkan kembali Tuanku Sultan.
"Kalau kita ikut perubatan, doktor tak akui Tuanku mampu sembuh. Tetapi berkat doa semua dan bacaan Yaa Siin dibacakan di hospital dan juga solat hajat, tiba-tiba Tuanku sedarkan diri. Jadi yang merawat Tuanku pun berasa kagum dengan ayat al-Quran yang dibaca. Betapa mustahak kita semua baca al-Quran," titah baginda.Dalam perkembangan berkaitan, Persatuan Pegawai Tadbir Negeri (PPTN) Kelantan menyatakan sokongan dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Sultan Kelantan serta Pemangku Raja Kelantan.
Presidennya Shafie Ismail berkata keputusan itu dibuat sebulat suara oleh semua 183 anggota persatuan itu dalam mesyuarat yang berlangsung di rumah persatuan di Kota Bharu, semalam.
Beliau berkata pendirian PPTN itu selari dengan peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Kelantan bahawa Pemangku Raja adalah pemerintah yang sah pada masa ini berikutan pelantikan baginda sebagai Pemangku Raja Kelantan.
Bercakap pada sidang akhbar, beliau berkata PPTN amat kesal dan kecewa berikutan penyebaran risalah serta tulisan melalui blog yang memburuk-burukkan pegawai kanan kerajaan negeri dan Persekutuan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Katanya perbuatan itu bermotifkan kepentingan individu atau pihak yang mempunyai agenda tertentu.
Ditanya rasional sidang akhbar itu diadakan ketika pihak istana berdepan kemelut dalaman berikutan kegeringan Sultan Kelantan, Shafie berkata ia tiada kena mengena dengan isu berkenaan.
"Sebenarnya sudah lama kami rasakan untuk mengeluarkan kenyataan tetapi hari ini secara kebetulan keputusan ini dibuat selepas mesyuarat persatuan ini," katanya.
Sehubungan itu, katanya demi kepentingan rakyat negeri Kelantan, persatuan itu menyarankan agar tidak ada mana-mana pihak cuba mengambil kesempatan untuk menimbulkan keadaan kurang harmoni antara pihak istana, pemimpin-pemimpin kerajaan negeri Kelantan dan pegawai-pegawai kanan serta rakyat jelata.
Shafie berkata PPTN Kelantan mendoakan semoga Sultan Kelantan dan Raja Perempuan Kelantan akan dikurniai kesihatan serta kesejahteraan oleh Allah SWT.

No comments:
Post a Comment