Wednesday, March 10, 2010

Kalau Anwar Jadi Perdana Menteri Karpal Lah Timbalannya


Mengimbas kembali kenyataan Karpal Singh pada 8.2.2009 ekoran kegagalan 16 September 2008 Anwar, nampak di situ, Karpal Singh memang tidak yakin terhadap Anwar.

Pertanyaan terbuka ini adalah isi hati Karpal Singh,namun apa yang membuatkan Karpal Singh berubah arah?

Sepertimana diketahui umum, bahawa Karpal Singh kini adalah ketua peguambela Anwar dalam kes sodomy II.

Dua hari lalu Karpal Singh pula bersetuju dengan Lim Kit Siang agar Anwar tetap sahaja menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen walaupun kerusi PKR kurang dibanding DAP.

Apa muslihat Karpal Singh? Karpal Singh juga lah yang menuduh Anwar sebagai pengamal sex yang teruk di konvensyen DAP tahun 1998, Karpal Singh juga meminta perdana menteri masa itu (dr Mahatahir) agar mendakwa Anwar atas salah laku sex luar tabii yang teruk.

Apa muslihat Karpal Singh? apa kah disebabkan semua hal peribadi Anwar Karpal Singh telah ketahui semuanya? Atas sebab itu,mudah lah bagi Karpal Singh memperkudanya!

Sebenarnya Karpal Singh sudah lama tahu kegiatan sex luar tabii Anwar, kerana sebelum Dr Mahathir mengumumkan salah laku sex Anwar, Karpal Singh dan Mahfuz Omar lah orang-orang pertama yang membuat dakwaan tentang kegiatan sex luar tabii Anwar. Pada masa itu Mahfuz Omar sempat memanggil Anwar sebagai Sheikh Anwar Ibrahim Al-Juburi, dan Karpal Singh memanggil Anwar sebagai pengamal sex yang teruk.

Jika kita mengimbas kembali kenyataan Karpal Singh berikut:

Surat Karpal Singh bertarikh 8.2.2009 yang meminta Anwar Ibrahim Bertaubat ekoran kegagalan 16 September 2008.

"Georgetown:

Ketua Umum Pakatan Rakyat Dato' Seri Anwar Ibrahim wajib meletak jawatan kerana menganggu gugat kedudukan gabungan PR, kata Pengerusi Kebangsaan Parti DAP.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor menyalahkan Anwar kerana menimbulkan kekacauan, dan menyatakan bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut perlu "bertaubat dan tidak terus mengkhianati rakyat dan keyakinan mereka". Beliau berkata Pakatan Rakyat memerlukan seorang lagi pemimpin, pemimpin yang baik, dan beliau menyelar kepimpinan PKR dan DAP kerana terpedaya dengan retorik Anwar yang menyokong wakil rakyat melompat parti.

"Saya tidak mendapat sokongan daripada kepimpinan parti saya sendiri, samada penasihat parti Lim Kit Siang ataupun Setiausaha Agong Lim Guan Eng dalam isu lompat parti tersebut".

"Kelihatannya mereka menyokong Anwar bukannya saya. Saya adalah Pengerusi parti; jangan tolak saya sangat kerana saya masih mempunyai sokongan akar umbi" beliau memberitahu sidang media dipejabatnya pada hari Ahad lepas.

Apabila ditanya apakah beliau akan memanggil mesyuarat tergempar mengenai masa depan parti didalam gabungan ini, Karpal berkata beliau sedang memikirkan untuk berbuat sedemikian.

"Saya tidak boleh membawa perjuangan DAP berseorangan. Apa yang saya katakan adalah perkara yang benar, dan kebenaran pasti akan menang. Saya pernah menyatakan sebelum ini bahawa DAP perlu mengkaji dengan serius untuk keluar daripada pakatan ini dan saya ulangi kembali pendirian saya hari ini".

"Melompat parti tidak boleh dihalalkan kerana ianya boleh dibandingkan saperti seseorang mmembunuh ibubapa yang melahirkannya hanya setelah dia mencapai dewasa" beliau menambah.

"Beliau menyatakan beliau terpegun bagaimana Anwar boleh secara terbuka menggalakkan lompat parti setelah rakyat memberi mandat yang meyakinkan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya lepas".

SANGAT nyata bahawa Karpal Singh memang tidak sebulu dengan Anwar dari awal-awal lagi. Janji apa yang Anwar berikan kepada Karpal Singh, sehinggakan wakil rakyat Bukit Gelugor itu berpatah arah? Mungkin jika Anwar jadi Perdana Menteri Karpal lah Timbalannya.

No comments:

Blog Archive