Friday, February 12, 2010

Zaharin Pembuka Mata Kepada Rakyat Tertipu Janji DAP

Seharusnya dari awal-awal lagi wakil raykat seperti Zaharin telah keluar daripada pakatan DAP-PAS-PKR. Sebabnya adalah semua janji-janji sepertimana disepakati semuanya hanya indah khabar dari rupa. Merampas beberapa buah negeri ekoran keputusan PRU-12, hanya menguntungkan beberapa kerat pemimpin samaada daripada PKR-DAP maupun PAS.

Perjuangan yang dilaung-laungkan pakatan 3 parti yang berbeza ideologi itu kononnya untuk membela rakyat, tetapi kenyataannya tidak demikian. Pemimpin dalaman 3 parti itu sendiri menyuarakannya, apa tah lagi rakyat yang merasa tertipu dengan janji-janji palsu 3 parti itu terutama parti DAP.

Zaharin merasakan apa yang rakyat rasa, Zaharin merasakan degup jantung rakyat,kerana itu walaupun agak terlambat, Zaharin menyambut degup jantung rakyat yang telah muak dan bosan dengan rangkaian 3 parti yang lebih dikenali pakatan 3 parti itu.

Zaharin maupun Zulkefli Nordin tidak perlu beritahu rakyat, bahawa kepimpinan DAP adalah diktator, kerana rakyat dak tahu siapa mereka dari dahulu lagi.

DAP sejak sekian lama telah menyeretai pilihanraya umum, namun tidak pernah pun terhidu bagaimana menjadi kerajaan. Hakikatnya, faktor Anwar dan Pas tidak dapat dinafikan bahawa kemenangan calon-calon DAP pada PRU-12 lalu adalah hasil sokongan daripada simpatisan Anwar dan Pas. Namun demikian kini, simpatisan Anwar dan Pas telah merasa tertipu kerana telah mengundi DAP, apa kan daya semuanya sudah terlajak. Namun, rakyat tidak akan tertipu lagi untuk kedua kali.

Zaharin merasakan itu, atas sebab itulah dia keluar PKR dan mengistiharkan dirinya ahli parlimen bebas, kerana tidak mahu menjadi sasaran kebencian rakyat, kerana perbuatan beberapa kerat pemimpin Pakatan, terutama para pemimpin DAP.

Anwar, Khalid Ibrahim tidak boleh dijaguhkan lagi oleh penyokong PKR, kerana mereka telah terperangkap oleh mainan dan muslihat DAP, apa tah lagi Nizar. Para pemimpin yang disebutkan ini terlalu terhutang budi kepada DAP, kerana itu untuk memenuhi ambisi pribadi, tiada pilihan kepada mereka mesti ikut telunjuk Lim Guan Eng,Karpal Singh dan Lim Kit Siang.

Rakyat perlu sedar, DAP tidak akan kemana-mana, jika tiada sokongan PAS dan simpatisan Anwar. Oleh kerana itu, jangan kita tertipu lagi. Kita telah menyaksikan bagaimana tindak tanduk DAP baik di Selangor, Pulau Pinang maupun Perak.

AYT ingin bertanya bila kah Zulkefli Nordin dan Azlan Hassim ikut jejak Zaharin?? kita tunggu mereka!!

No comments:

Blog Archive