Monday, February 01, 2010

Wakil Rakyat Pakatan Masuk Umno-BN Apa Untungnya?

Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan mengatakan bahawa pintu Umno-Bn terbuka seluas-luasnya kepada wakil rakyat pembangkang (Pakatan) yang tidak sehaluan lagi dengan pucuk pimpinan atau hala tuju parti pembangkang tersebut.

Dalam hal ini Umno-Bn kena berhati-hati. Wakil-wakil rakyat tersebut dipilih oleh para pengundi yang tidak berpuas hati dengan Umno-Bn.

Keluarnya seorang wakil rakyat tidak menggambarkan bahawa para pengikut atau pengundinya juga akan ikut serta.

Umno-Bn perlu hati-hati dalam perkara ini. Jangan pula terjadi panas setahun hanya dihapuskan oleh hujan sehari.

Umno-Bn kena teliti dengan mendalam latar belakang para wakil rakyat pakatan yang bermasalah dengan pucuk pimpinan mereka dan juga parti mereka.

Dikhabarkan para pemimpin Pakatan yang bermasalah ini adalah para pemimpin yang "habuan" mereka tidak mereka peroleh dalam pemerintahan Pakatan.

Zaharin Mohd Hassim misalnya, mempunyai agenda tertentu. Zaharain dikatakan gagal mendapat kontrak bagi syarikat dimana dia ada kepentingan di dalamnya, yakni pengurusan kelab golf bukit Jambul.

Azlan ahli parlimen Indera Mahkota, Pahang, kecewa kerana tidak dilantik sebagai pengerusi PKR Negeri.

Zulkefli Nordin misalnya bermasalah dengan Khalid Samad kerana isu penggunaan Kalimah Allah.

Jika dilihat daripada senerio dan kejadian yang berlaku, kebanyaknya berunsur pribadi, bukan berunsur perjuangan untuk membela rakyat jelata.

AYT berharap pandangan yang dikemukan oleh Ahmad Maslan tersebut hanya pandangan pribadi dan bukan mewakili pandangan Unmo-bn secara keseluruhan.

Bagi AYT tiada manafaatnya mendapatkan buah sesuatu pokok tetapi akar tunjang, pokok dan dedaunnya tidak ikut serta.

Pengalaman politik Sabah harap menjadi renungan dan pautan para pemimpin Umno-Bn. Pada masa pemerintahan Berjaya mahupun PBS, ramai juga wakil-wakil rakyat melompat kepada parti pemerintah, namun apabila diadakan pilihanraya, kawasan-kawasan tersebut tetap tidak dimenagi oleh wakil rakyat yang melompat tersebut.

Umno-Bn seharusnya meneruskan agendanya yakni merakyatkan perjuangan, yakni menjadi juara rakyat, bukannya juara mengait wakil-wakil rakyat pembangkang yang tidak berpuas hati kepada parti mereka kerana "peak" mereka pribadi tidak tertunaikan.

No comments:

Blog Archive