Tuesday, February 02, 2010

Seorang Lagi Wakil Rakyat Pakatan Tampil Buat Kritikan Terbuka Kepada LIM GUAN ENG

Kalau hanya seorang wakil rakyat yang tampil membuat kritikan dan tomahan kepada ketua menteri DAP Pulau Pinang Lim Guan Eng secara terbuka mungkin ada orang menganggap ianya masalah pribadi. Akan tetapi jika ada wakil rakyat lain lagi memberi kritikan dan tomahan secara terbuka dan mengatakan perkara yang sama,maka dapat disimpulkan bahawa itu semua bukan masalah pribadi, melainkan memang keadaan yang sebenarnya.

Minggu lalu Zaharin Mohd Hassim Ahli Parlimen Bayan Baru daripada PKR telah membuat kenyataan bahawa ketua menteri DAP Pulau Pinang tersebut adalah diktator, komunis dan chauvinis.

Ekoran kenyataan Zaharin tersebut Lim Guan Eng membuat kenyataan melalui pengerusi DAP negeri, menafikan kenyataan Zaharin tersebut sebaliknya Guan Eng mendakwa bahawa kenyataan Zaharin tersebut merupakan balas dendam ekoran keengganan Guan Eng memluluskan pengurusan Kelab Golf Bukit Jambul kepada syarikat RM2, di mana Zaharin mempunyai kepentingan.

Guan Eng juga mempergunakan Pengerusi PKR Negeri Mansor Osman untuk mengutuk Zaharin dan tidak kurang Anwar sendiri meminta Zaharin menuntut maaf kepada Guan Eng.

Namun apabila seorang lagi wakil rakyat Pakatan yakni wakil rakyat Nibong Tebal Tan Tee Bing tampil membuat kenyataan yang bernada sama, maka dapat disimpulkan bahawa kenyataan Zaharin tersebut berasas.

Zaharin telah memberitahu mstar online bahawa apapun, dia tidak akan menarik balik kenyataannya tersebut atau meminta maaf kepada Guan Eng, kerana kenyataannya tersebut benar belaka.

Disamping itu Zaharin juga mempersoalkan motif Guan Eng mencari-cari siapa lagi wakil rakyat yang bersengkokol dengan Zaharin, merupakan bukti jelas bahawa Guan Eng seorang diktator.

Hanya pemimpin bersifat diktator sahaja yang mempunyai sifat membuat ancaman kepada orang lain yang tidak sependapat dengannya, demikian kata Zaharin.

Zaharin dan Tee Bang bernada sama bahawa kerajaan Pakatan Pulau Pinang kelihatan diluaran tidak bergelora, sebaliknya keadaan kerajaan Pulau Pinang yang dikuasai DAP ibarat gunung berapi yang menunggu saatnya untuk meletup.

Belah menanti pecah. Demikan lah gambaran sebenar kerajaan DAP Pulau Pinang. Wakil-wakil rakyat mereka pada masa ini dipenuhi rasa muak dan bosan dengan tindak tanduk Guan Eng orang Melaka tersebut.

No comments:

Blog Archive