Wednesday, February 10, 2010

Dolak Dalik Nizar ( diselitkan lintas langsung SodomyII-Hari ke-6)

SATU penghinaan kepada institusi kesultanan negara apabila Nizar mengatakan bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan semalam akan mengakibatkan situasi kemungkinan berlakunya monarki mutlak di Malaysia.

Lupa kah Nizar bahawa selepas PRU-12 walaupun BN sebagai single parti mempunyai kerusi 28,namun memilih gabungan DAP-PKR-PAS yang mempunyai kerusi 31, kerana menurut hemat tuanku, bahawa gabungan itu lah yang mempunyai majoriti. Atas sebab itu lah Nizar walaupun PAS mempunyai bilangan kerusi terkecil diantara 3 parti tersebut, namun memilih Nizar sebagai Menteri Besar. Jika benarlah apa yang dikatakan oleh Nizar itu, maka pada masa itu boleh sahaja Tuanku Sultan Perak melantik semula Tajol Rosli Ghazali sebagai Menteri Besar.

Sifat dolak dalik Nizar ini sebagai burung unta, apabila takut menyembunyikan kepalanya yang kecil itu, sementara punggung terkankang luas.

“Ini adalah risiko paling besar yang dihadapi oleh negara masa kini dan kita perlu perbetulkannya. Keputusan mahkamah itu mengketepikan prinsip-prinsip yang ditetapkan dalam perlembagaan.” ini lah petikan kata-kata Nizar. Saya ingin bertanya, mana yang diperbetulkan? Nizar harus sedar diri bahawa dirinya lah perlu diperbetulkan, bukannya sistem. Nizar ini bagaikan orang menari yang tak tahu menari tetapi mengatakan pula lantai jungkar terbalik.

Kekecewaan Nizar ini memang terserlah kerana sebelum ini dia menguar-uarkan bahawa kemenangan pada pihaknya dengan keputusan 4-1. Dalam mengantisipasi keputusan tersebut Nizar malah telah mengerakkan seluruh jentera Parti Pas termasuk pemuda agar siap siaga demi menghadapi pembubaran DUN. Nizar juga pada 6 Februari semasa merayakan kejatuhnya berkata dengan yakin bahawa keputusan mahkamah akan berpihak kepadanya. Nizar begitu yakin dan percaya kepada badan kehakiman pada masa itu. Namun, apabila keputusan kehakiman tidak berpihak kepadanya, lain pula dikatakan. Inilah sifat hipokrit dan lidah bercabang yang ada pada keperibadian Nizar.

“Ini adalah hari yang paling sedih bagi Malaysia kerana ia membuktikan sistem penghakiman negara adalah tidak bebas" ini lagi kata-kata Nizar. Hanya orang yang kecewa dan tidak berpendirian berkata demikian. Nizar bebas mengatakan apa yang dia nak katakan, namun rakyat tidak akan terpesong atau terpengaruh pada apa yang membuku di hati Nizar. Orang yang telah buta seperti Nizar, apapun yang diperkatakan orang lain yang lengkap penglihatannya pasti dijawab "tak nampak" kerana bagaimana dia nampak, kerana dia memang buta.

“Rakyat ingin melihat badan kehakiman bebas membuat keputusan. Tetapi berdasarkan apa yang didengar tadi, ia menunjukkan badan kehakiman masih tidak bebas dan dipengaruhi pihak tertentu.” Satu lagi kata-kata Nizar. Sekarang Nizar pandai pula menggunakan istilah "rakyat" Rakyat kah atau Nizar? Nizar lupa bahawa majoriti DUN Perak adalah wakil rakyat. Buta kah Nizar bahawa itu pun tidak boleh terfikir. Jangan gunakan istilah "rakyat" bagi memenuhi nafsu serakah, kerana sebahagian besar rakyat memang dah muak dan menolak keterkaitan mereka dengan perbuatan Nizar yang telah melampau dan penderhaka.

Bagi Nizar apapun keputusan yang tidak berpihak kepadanya pasti akan mengatakan "tidak bebas" "tidak adil" "dipengaruhi pihak-pihak tertentu" ini lah sifat orang yang ingin meneggakkan benang basah.

"krisis di Perak tidak sepatutnya berakhir dengan keputusan mahkamah tetapi perlu diserahkan kepada rakyat untuk menentukan siapa yang patut mewakili mereka" kata-kata Nizar lagi. Kalau lah demikian, kenapa dari mula lagi ke hulu ke hilir dan mahkamah sana mahkamah sini untuk mengenepikan kerajaan Zambry? Sepatutnya apabila 3 DUN Pakatan yang keluar kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan Nizar pada 5 Februari 2009, maka seharusnya Nizar terima hakikat bahawa disitulah penamat kerjayanya sebagai Menteri Besar,atas sebab tidak boleh lagi menjadi Menteri Besar kerana kehilangan majoriti dalam DUN. Nizar lupa bahawa jawatan MB adalah jawatan Politik, bukan jawatan awam,kerana MB itu jawatan politik,kena lah akur kepada permainan politik.

Sifat dolak Dalik Nizar akan terus berpanjangan, kerana hanya itu sahaja caranya menyakinkan dan menutupi pembohongannya kepada para penyokongnya.

Eshan: awaldanakhirzaman.blogspot.com Lintas langsung Sodomy II -Day6 Disini

No comments:

Blog Archive