KALAU BENAR apa yang dibongkar oleh wakil rakyat Kulim-Bandar Baharu Zulkefli Nordin, ia sungguh bahaya! Memang bahaya! kalau Pakatan ditakdirkan memerintah negara ini bukan sahaja melayu dan bumiputra kehilangan derajat dan martabat, sistem raja berpelembagaan pun akan terhapus.
Zulkefli Nordin Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu,membongar agenda ini sambil mengatakan bahawa Pakatan pembangkang kini telah ditawan oleh sekumpulan ‘firaun kecil’ yang mempunyai agenda berbahaya untuk membawa Malaysia keluar daripada kerangka Perlembagaan Persekutuan.
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, berkata untuk menjayakan rancangan tersebut, ‘firaun kecil’ daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dianggotainya, Pas dan DAP turut bersekongkol dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tertentu.
Beliau mendedahkan, usaha terancang tersebut dimulakan sejurus pilihan raya umum lalu dan keadaan semasa amat membimbangkan kerana ia hampir berjaya sepenuhnya.
Dakwanya, antara petunjuk kejayaan kumpulan terbabit ialah pengenalan agenda Middle Malaysia dan pembatalan perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang.
“Agenda mereka ialah untuk memisahkan negara daripada kerangka Perlembagaan yang kita miliki sekarang.
“(Antara) kerangka Perlembagaan kita ialah menghormati agama Islam (sebagai agama rasmi) dan kedudukan istimewanya, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan bahasa Melayu.
“Tetapi mereka cuba memisahkannya dengan slogan baru, pendekatan baru dan anda boleh melihat sendiri apa yang mereka sedang lakukan,” katanya pada sidang akhbar di Wisma Yakin, di sini hari ini.
Justeru, Zulkifli mendesak kepimpinan partinya supaya menjelaskan adakah dasar pakatan pembangkang yang diumumkan pada 19 Disember lalu yang mengandungi komitmen untuk menghormati perlembagaan dan mempertahankan Islam diambil serius atau sekadar retorik politik.
“Kalau daripada apa yang berlaku sekarang seperti isu kalimah Allah, isu di Pulau Pinang dan terbaru (membatalkan) perarakan Maulidur Rasul, saya nampak ini semua mainan politik sahaja yang mereka tidak bermaksud untuk laksanakan,” katanya.
Zulkifli mendakwa, maklumat daripada penyokong akar umbi PKR khususnya orang Islam mendapati mereka amat resah dengan agenda kumpulan yang digelarnya ‘firaun kecil’ itu.
Perkara itu, dakwanya, juga menyebabkan perpecahan di kalangan ahli Parlimen PKR yang berpunca daripada perasaan tidak puas hati.
“Jika dibiarkan akan lebih ramai ahli dan pemimpin PKR yang keluar parti, yang tinggal ialah mereka yang kita kata sebagai ‘najis-najis politik’,” katanya.
Mengenai tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melabelkan wakil rakyat pembangkang yang keluar parti sebagai pengkhianat rakyat dan negara, Zulkifli menyarankan Menteri Besar Kelantan itu melihat sejarah perjalanan politiknya sendiri terlebih dahulu.
Katanya, sewaktu Pas menyertai Barisan Nasional (BN) pada tahun 70-an, tiada seorang pun wakil rakyatnya termasuk Nik Abdul Aziz yang meletakkan jawatan berikutan penghijrahan tersebut.
”Jadi, saya ingat elok Tok Guru Nik Aziz yang saya hormati tengok sejarah balik sebab Tok Guru tidak letak jawatan semasa Pas menyertai BN dulu,” katanya.

No comments:
Post a Comment