Saturday, February 06, 2010

Kematian Altantuya: Nasir Safar Dilibatkan

Pakatan kebuluran dan ketandusan isu menangkis Sodomy II. Kerana itu, Nasir Safar pegawai Khas kepada Najib yang telah meletakkan jawatan dilibatkan dalam pembunuhan wanita Mongolia Altantuya@Aminah.

Umum telah mengetahui bahawa pembunuh sebenar kepada wanita itu telahpun dijatuhi hukuman mati. Oleh kerana Pakatan kemaruk isu untuk menangkis sodomy II maka episode baru pula dimulakan mereka. Menurut penulis Spin Pakatan Nasir Safar adalah insan yang disebut Bala dalam akuan bersumpahnya.

Benar kah dakwaan ini? Apa kah peranan Nasir Safar? Najib menjadi perdana menteri lebih setahun setelah wanita mongolia itu mati dibunuh. Nasir pula adalah pengawai Khas perdana menteri, bukan pegawai khas timbalan perdana menteri.Altantuya mati dikala Najib berjawatan TPM kepada Tun Abdullah.

Punca kepada semua tuduhan ini adalah Raja Petra Kamaruddin (RPK) yang sekarang ini menjadi pelarian. RPK dipercayai berada di London dan berlindung di rumah isteri Kalimullah Hassan.

Sekiranya RPK berkata benar, kenapa kah pelarian ini tidak mahu membuktikan di mahkamah? kenapa pula menjadi pelarian? Bagi AYT manusia takut kerana Salah, berani kerana benar.

Apapun wayang dan sandiwara raja spin Pakatan ini tidak akan dapat mempengaruhi pandangan umum kepada Najib. Rakyat hanya menganggap ini adalah panglipurlara dikala sunyi.

Bagi AYT, Pakatan dan pemimpinnya termasuk para bloger upahan mereka telah ketandusan idea dan isu, kerana itu isu BUAT-BUATAN dijelmakan untuk memesongkan isu Sodomy II yang dianggap boleh meranapkan impian Pakatan untuk menakluki Putrajaya.

No comments:

Blog Archive