Saturday, February 27, 2010

Anwar Tahu Betul Impak Wang Ehsan

Tahun 90 pada pilihanraya Umum negara, parti bersatu Sabah (PBS) secara tiba-tiba keluar BN dan menyertai Barisan Alternatif, yang masa itu adalah gabungan antara DAP-S-46 dan S-46-Pas.

Apabila keputusan PRU diumumkan, nyata di Semenanjung, BN terlalu kuat bagi BA atau APU, hanya Kelantan jatuh ke tangan APU (S-46 dan Pas). Sementara di Sabah, semua kerusi yang ditandingi PBs, PBS menang sementara yang ditandingi USNO, usno menang.

Bermulalah pemerintahan PBS sebagai negeri pembangkang. Royalti minyak 5% tetap dibayar, komitmen bayaran per kepala tetap dibayar kepada kerajaan negeri,namun sebarang peruntukan kepada kerajaan negeri Sabah daripada peruntukan kerajaan persekutuan terus disalurkan kepada Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah (PPPNS). Jumlah peruntukan pembangunan kerajaan persekutuan berlipat ganda jumlahnya dibanding royalti minyak dan bayaran perkapita penduduk Sabah. Anwar benar-benar tahu ini semua.

Akibat peruntukan pembangunan yang begitu besar oleh kerajaan persekutuan melalui PPPNS, ternyata memberi impak kepada kawasan-kawasan yang dimenangi PBS. Saluran peruntukan dalam bentuk pembangunan di salurkan kepada kawasan-kawasan tersebut, Anwar juga tahu ini semua. Akibatnya, kawasan-kawasan PBS yang sebelumnya sungguh kukuh sejak PBS menang pilihanraya pada tahun 1985, semakin goyang. Rakyat mula mengalih arah dan menyokong BN, akibatnya pada tahun 1994, PBS hanya mendapat 25 kerusi daripada 48 kerusi. Akibat majoriti kecil ini maka PBS tumbang apabila 2 ADUN PBS kelaur dan menyertai Umno. Bermula dari ketika itu lah BN memerintah Sabah hingga kini.

AYT merasakan berasaskan kepada pengalaman Sabah ini, maka kerajaan persekutuan memberikan wang ehsan kepada Kelantan, walaupun sebenarnya negeri itu tidak berhak. Adalah dirasakan melalui wang ehsan ini, rakyat Kelantan yang dahagakan pembangunan untuk mencipta peluang-peluang pekerjaan akan mendapat manafaat dan pada gilirannya nanti rakyat yang mendapat manafaat ini akan merasa berterima kasih dan akhirnya akan memilih BN pada PRU-PRU akan datang, mungkin PRU-13,masa belum mencukupi untuk rakyat kelantan menilainya, namun setelah itu, adalah pasti rakyat Kelantan akan merasa bersyukur.

Anwar tahu ini semua, kerana itu lah Anwar membuat dakyah demi dakyah termasuk Nik Aziz dan Hussam Musa,bahawa Kelantan adalah pengeluar minyak. Tujuannya hanya untuk memancing undi bukan berdasarkan kepada fakta,bahawa memang Kelantan itu bukan termasuk sebagai negeri pengeluar minyak. KULI mencuba memesongkan fakta,kerana KULI tahu, masa untuknya tiada lagi.

Keputusan kerajaan Persekutuan untuk memberikan wang eshan adalah tepat,kerana rakyat Kelantan juga peru dibela, kecuali penyokong NIK Aziz yang tidak mahu dibela. Lambat laun, rakyat Kelantan akan faham niat murni kerajaan Persekutuan ini.

No comments:

Blog Archive