Sunday, October 11, 2009

Nizar-Pas-Lagi-lagi Tuduh Daftar Pengundi DOUBLE Entry

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menafikan dakwaan kononnya Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di Port Dickson tidak menggunakan daftar pemilih yang dikeluarkan oleh suruhanjaya itu pada 7 Oktober lalu semasa proses pengundian pos diadakan di kem tentera berkenaan.

Pengarah Pilihan Raya Negeri Sembilan Abdul Latif Baba berkata senarai pemilih yang dipamerkan oleh pihak tentera di papan pameran dewan pusat mengundi semasa proses pengundian berlangsung di situ adalah diatur oleh pihak tentera secara pentadbiran.

Senarai tersebut berdasarkan undi pemilih pos yang sedang bertugas di kem tentera dan pasangan mereka, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Senarai itu adalah untuk mereka yang sedang bertugas di kem, manakala bakinya adalah mereka yang sedang beroperasi, dan sampul-sampul undi pos mereka dihantar terus kepada pengundi pos berkenaan," katanya.

Jumlah sampul undi pos yang dikeluarkan kepada tentera ialah sebanyak 4,571.

Abdul Latif merujuk kepada bantahan PAS terhadap proses penyerahan sampul keutamaan undi pos pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, pada 9 Oktober lepas. Katanya Suruhanjaya itu mengendalikan urusan undi pos menggunakan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundi Pos) 2003. BERNAMA

No comments:

Blog Archive