Penyokong Nizar-Pas mendakawa dibelasah, kemudian mereka mendakwa polis tidak menjalankan tugas. Polis menafikan, kerana kejadian tersebut adalah kejadian terpencil. kalau benar polis tidak menjalankan tugas buktikan dan buat laporan.
PRK Dun Bagan Pinang pengundian bermula pada 8 pagi 11 Oktober, walaupun pengundi pos telah melaksanakan tanggungjawab mereka sejak semalam. Dikatakan 4,751 pengundi pos telah mula menjalankan tanggunjawab mereka.
Undi pos menjadi pertikaian antara Pas dan Umno, kerana menurut Pas, biasanya pengundi Pos akan berpihak kepada Umno. Kerana itu lah Pas menuduh Umno merasuah tentara dan keluarganya bagi memilih Umno.
Sementara itu Ong Tee Kiat dan Chua loi Lek sibuk mengatur makan malam bagi mempengaruhi para perwakilan MCA yang akan mengadakan EGM esok. EGM ini diadakan berikutan krisis dalaman MCA ekoran pemecatan Chua Loi Lek dari kedudukan Timbalan presiden MCA kerana isu sexnya.
Dalam perkembangan lain Umno akan mengadakan AGM nya bermula pada 15 Oktober ini. Tujuan Agm ini adalah untuk meminda perlembagaan Umno terutama dalam soal pemilihan pimpinan.
Dalam perkembangan Lain ....................
Malaysiakini, sekali lagi, belum lagi diberikan pas media untuk membuat liputan perhimpunan agung Umno yang dijadual berlangsung mulai Selasa depan walaupun 29 media lain dibenarkan.
Akhbar web The Malaysian Insider juga tidak diberikan keizinan rasmi untuk membuat liputan – seperti tindakan Umno melarang dua akhbar dalam talian ini bersama Merdeka Review dan The Nut Graph berbuat demikian pada perhimpunan agung parti itu, Mac lalu.
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kelihatan agak keberatan memberikan pas tersebut dengan alasan akhbar-akhbar web didakwa tidak melaporkan secara adil dan berimbang.
Tambahnya, Umno bagaimanapun belum lagi memutuskan secara muktamad untuk membenarkan Malaysiakini dan akhbar internet lain membuat liputan minggu depan.
"Saya tidak mahu memberi komen tentang perkara itu. Kami mahu media seperti kamu membuat laporan yang adil dan berimbang...
"Jika anda tidak adil, anda mensensasikan isu, anda mungkin tidak dibenarkan datang," katanya selepas taklimat media di Kuala Lumpur pagi ini.
Beliau diminta mengulas sama ada Umno akan memperkenalkan larangan serupa terhadap Malaysiakini dan beberapa akhbar web seperti pemilihan parti itu pada perhimpunan agung 2008 yang disaingi dengan sengit awal tahun ini.
"Kami belum memutuskan tentang perkara itu," tambahnya.
Semakan Malaysiakini selepas sidang media itu mendapati nama akhbar web popular itu tidak dimasukkan pada senarai organisasi media yang telah diluluskan Umno untuk membuat liputan.
Dalam taklimat itu, Tengku Adnan menjelaskan seramai 4,918 perwakilan termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri dari 191 bahagian Umno akan berhimpun di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selama empat hari bermula 13 Oktober ini.
Perhimpunan agung 2009 ini menggabungkan mesyuarat agung khas, yang berlangsung sehari pada 15 Oktober – selepas ucapan dasar presiden, bagi membincangkan usul-usul meminda perlembagaan agung Umno.

No comments:
Post a Comment