Tuesday, October 13, 2009

Nizar-Anwar!!: Selepas EGM: Umno jadi Mantap

Mesyuarat agung luar biasa (EGM) Umno Rabu ini, dianggap sebagai memperkukuhkan parti tersebut selepas PRU-12 yang mana pada masa itu Umno mengalami goncangan yang sungguh hebat. Ada yang mengatakan tsunami melanda umno ketika itu.

EGM kali ini adalah untuk memperkukuhkan semula kekuatan dalamannya dan memulihkan sokongan rakyat terhadap Umno khususnya dan BN amnya.

EGM tersebut diadakan khas untuk membincang cadangan pindaan perlembagaan parti untuk menghapuskan sistem kuota pencalonan dan menyerahkan hak bagi memilih pucuk pimpinannya di peringkat bahagian.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan Umno Selangor, Abdul Syukor Idrus menyifatkanya hanyalah 'separuh daripada perjalanan yang panjang' ke arah memulihkan sokongan rakyat kepada Umno dan BN yang terhakis dalam pilihanraya umum 2008.

Menurutnya, pindaan tersebut diharap dapat memulihkan semula kekuatan parti, tetapi katanya, para ahli dan pemimpin Umno tidak harus lupa 'kerja-kerja' lain yang amat penting yang harus difikirkan bersama dalam perhimpunan agung Umno minggu ini.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual untuk merasmikan serentak tiga sayap parti itu - Wanita, Pemuda dan Puteri - di PWTC malam ini. Manakala EGM akan diadakan pada hari berikutnya dan disambung dengan perhimpunan agung Umno Jumaat ini.

Antara faktor penting, katanya, ialah para perwakilan harus memikirkan langkah terbaik untuk memulihkan semula sokongan rakyat bukan Melayu terhadap BN.

Katanya, mereka mesti bersedia menerima hakikat bahawa majoriti pengundi muda/baru, khususnya di kawasan bandar, yang dilihat lebih cenderung menyokong pembangkang.'Politik merajuk'Menurutnya, realiti ini dicerminkan dalam keputusan pilihanraya umum lalu di mana pembangkang menang banyak kerusi di DUN dan parlimen di kawasan bandar dan pinggir bandar.

Sebagai contoh, pembangkang menang 11 daripada 13 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan. Manakala Kedah, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kelantan jatuh ketangan barisan pembangkang - Pakatan Rakyat.

Perak bagaimanapun jatuh semula ke tangan BN apabila tiga ADUN pembangkang keluar parti dan menyokong BN.

Seperkara lagi katanya, ialah sikap pemimpin Umno di peringkat akar umbi yang menganggap kedudukan mereka itu, menjamin akan dipilih sebagai calon dalam pilihanraya.

Ekoran itu, katanya, apabila nama mereka tidak dicalonkan, maka ada di kalangan mereka yang mensabotaj calon BN sehingga kerusi terlepas ke tangan pembangkang.

Sebelum ini, kepimpinan Umno mengesahkan bahawa Umno/BN gagal mempertahan atau memenangi lebih 20 kerusi ekoran perbuatan sabotaj dari kalangan ahli Umno sendiri.

Ianya menjadi punca Umno gagal mengekalkan penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat dan juga menjadi puncanya tumbangkan kerajaan BN Perak ke tangan pembangkang tahun lalu.'Faktor Isa Samad'Bila itu semua terjadi, katanya "maka barulah terserlah kekesalan di wajah mereka".

"Kemenangan Pakatan Rakyat bukan sebab mereka kuat, tetapi Umno dan BN berpecah," katanya.

Oleh itu, kata Syukor berkata, sikap merajuk seperti itu hendaklah di kikis di hati mereka demi mengukuhkan semula parti.

Beliau juga mengingatkan pemimpin parti supaya jangan terlalu "terbawa-bawa" kemenangan besar BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang Ahad lalu.

Dalam pilihanraya tersebut, calon BN Tan Sri Isa Samad mengekalkan kerusi tersebut dengan mendapat 8,013 undi, menewaskan calon PAS Zulkefly Mohd Omar yang mendapat 2,578 undi.

Isa menang dengan majoriti 5,435 undi, iaitu lebih dua kali ganda daripada majoriti BN dalam pilihanraya umum lalu (2,333 undi). BN juga menang di kesemua lapan daerah mengundi, termasuk di Pekan Silliau, Ladang Atherton dan Sua Betong, yang dimenangi PAS pada 2008.

Syukor berkata, kemenangan besar BN itu - selepas tewas dalam kesemua pilihanraya kecil di Semenanjung selepas pilihanraya umum 2008 - tidak boleh dilihat kayu ukur pemulihan sokongan rakyat kepada BN.

Sebalikya, katanya, sebahagian punca kemenangan itu ada kaitan dengan populariti calon BN yang juga ketua bahagian Umno Telok Kemang dan seorang menteri dan juga bekas menteri besar Negeri Sembilan.

No comments:

Blog Archive