Tuesday, September 29, 2009

Isa Samad: Menyatukan Tun Mahathir-Khairy Atas Pentas Kempen Bagan Pinang

Akhirnya Isa Samad dipilih calon Umno dan UBN untuk DUN Bagan Pinang yang kosong kerana kematian penyandangnya Azman Mohd Noor.

Umno Telok Kemang yang diketuai oleh Isa Samad mencalonkan hanya nama Isa untuk DUN Bagan Pinang. Keputusan ini mendapat tentangan daripada Tun Mahathir kerana rekod Isa yang didapati pengamal Politik Wang.

Sementara itu Khiary Jamaluddin (KJ) menyokong keputusan Bahagian Umno Telok Kemang untuk mencalonkan Isa Samad.

Pimpinan Umno dengan berbagai pertimbangan telah memutuskan Isa Samad sebagai calon UBN bagi DUN Bagan Pinang yang akan berlangsung pada 3-11 Oktober depan.

Dalam perkembangan lain Tun Mahathir terpaksa akur dengan pilihan Najib dan berjanji akan berkempen di Bagan Pinang.

KJ sudah tentunya akan mengetuai kempen pemuda UMNO dan berkemungkinan akan sepentas dengan Tun Mahathir.

No comments:

Blog Archive