TELAH jelas, BN dan PH bekerjasama berhadapan PRN-17 Sabah, dan hanya merujuk GRS sebagai parti-parti lain yang mungkin dibawa berunding. Ertinya, keputusan dua parti tersebut langsung tidak mengambilkira kedudukan kerajaan negeri yang diterajui GRS-PH Plus.
Keputusan kerjasama antara BN dan PH dikeluarkan secara bersama antara Setiusaha Agung Pakatan Harapan dan Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan bertarikh 9 Mei 2025.
Menerusi ketetapan BN dan PH berkaitan kerjasama, terpulang kepada GRS menterjemahkannya, apa kah masih mengekalkan pendirian bahawa sebarang bentuk kerjasama perlu mengambilkira kedudukan GRS sebagai peneraju kerajaan negeri.
Pandangan penulis, GRS tidak wajar menurut telunjuk pihak luar untuk membuat keputusan, akan tetapi sebaliknya.
Keputusan BN dan PH adalah cerminan, masuk rumah orang tanpa kebenaran, dan malangnya pula bertindak sebagai tuan rumah.
Nampak gayanya, aspirasi dan harapan rakyat Sabah yang mahukan puncak kuasa di Menara Kinabalu tidak diterima BN dan PH pusat, sebaliknya memaksa rakyat Sabah untuk bersetuju.
Terpulang kepada 1.7juta pengundi Sabah, apa kah mahu mengekalkan puncak kuasa di Menara Kinabalu atau sebaliknya.
Pengalaman rakyat Sabah berdekad-dekad, apabila puncak kuasa di luar Sabah, kesannya apa yang ada pada hari ini, sementara negeri jiran Sarawak merasai kemajuan dan pembangunan serta kutipan hasil yang cukup tinggi, kerana puncak kuasa di Petrajaya.
No comments:
Post a Comment