Friday, May 09, 2025

PRN-17 SABAH: GRS PERLU KEKALKAN PENDIRIAN

GRS bertanding lebih 2/3 daripada 73 kerusi perlu dikekalkan, meskipun berlaku kerjasama dengan BN dan PH.

Terpulang kepada dua parti tersebut mengagihkan kerusi antara mereka yang tidak ditandingi GRS.

GRS perlu pertahankan aspirasi dan harapan rakyat Sabah yang disandarkan pada parti tersebut, agar puncak kuasa kekal di Menara Kinabalu.

Dalam politik itu penuh dengan kemungkinan. Ertinya tidak mustahil kerjasama antara parti-parti tempatan. Kerjasama akan berlaku, apabila semua pihak membuang ego masing-masing, demi negeri yang disayangi.

Pengerusi GRS dan para timbalan, bukan baharu dalam politik. Mereka faham akan kehendak rakyat Sabah. Pemimpin politik, tidak akan bertindak bercanggah dengan aspirasi dan harapan rakyat, melainkan akur.

Model kerjasama di Peringkat Persekutuan tidak semestinya sesuai di peringkat negeri. Memaksa model tersebut diikuti, tidak semestinya rakyat akur. Para pemimpin kena faham, kuasa semasa pilihan raya di tangan rakyat.

Para pemimpin politik mudah sahaja menelan kahak sendiri, tidak bagi rakyat. Rakyat apabila membuat keputusan, tidak akan dapat dibaca oleh mana-mana pemimpin politik.

Sejarah merekodkan bagaimana pemimpin politik gagal membaca keputusan rakyat, di Sabah pertama kali berlaku pada PRN 1976, kemudian tahun 1985, kemudian tahun 2018.

Pemimpin politik yang memaksa kemahuan, seperti mana berlaku pada PRU-15 dan PRN2023 enam negeri di Semenanjung yang dibuat Umno/BN, ternyata, gagal total membaca kemahuan rakyat.

Menunaikan Aspirasi dan harapan rakyat Sabah adalah asas penubuhan GRS. Lari daripada asas tersebut, akan mengundang padah. Fikir-Fikirkan

No comments:

Post a Comment