Friday, November 08, 2024

PAT GAGASAN RAKYAT SABAH: UCAPAN DASAR PRESIDEN- PERSEDIAAN PRN-17

6000 perwakilan dan pemerhati PAT Gagasan Rakyat Sabah kali ke-2, di SICC, Kota Kinabalu, 8-10 November 2024, menanti ucapan dasar presiden, yang tentunya sebahagian besar kandungan ucapan tersebut meliputi persediaan berdepan PRN-17 Sabah.

PRN-17 Sabah , kali pertama parti yang dilancarkan pada 2 Mac 2023 itu turun gelanggang, walaupun mempunyai kerusi terbanyak dalam Kerajaan GRS-PH Plus.

Persediaan menghadapi pilihan raya, tentunya menjadi penekanan Presiden parti sebagai bekalan para perwakilan dan pemerhati balik ke kawasan masing-masing.

Dalam politik, , mempertahan kerajaan itu lebih mencabar berbanding merampas, atas sebab sebagai parti mewakili kerajaan, perlu berpandu pada fakta, yang berkaitan tindakan dan pencapaian kerajaan, sebaliknya yang mahu merampas, bebas bercakap apa sahaja termasuk bulan bintang untuk memperdaya rakyat untuk sokongan.

Kerana bebas bercakap itu, dua pemimpin yang mengetuai parti masing-masing, iaitu Datuk Shafie Apdal daripada Parti Warisan dan Datuk Bung Moktar Radin daripada parti Umno bertindak serba tahu, apa sahaja berkaitan rakyat, malah menurut mereka, mempunyai ramuan mujarab menyelesaikan masalah kemiskinan, kemudahan asas secara tuntas jika menjadi Ketua Menteri,

Rakyat atau perwakilan serta pemerhati Persidangan Tahunan Parti (PAT) perlu memberi penerangan atau kesedaran pada rakyat khususnya pengundi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) di kawasan masing-masing, bahawa sehingga kurun ini, belum ditemui atau belum berlaku, ayam bertelur hari ini, maka menetas juga hari ini, melainkan perlu masa, untuk telur itu menetas.

Demikian juga kerajaan yang didokong parti, memerlukan masa, selain kewangan, pun demikian, dalam 4 tahun, telah menggariskan strategi penyelesaian, masalah yang dihadapi rakyat, menerusi Pelan Kemajuan dan Pembangunan, iaitu Hala Tuju Sabah Maju Jaya.

Tentunya, Ucapan Dasar Presiden akan menyentuh, akan pencapaian-pencapaian yang telah dilakar, dan semestinya para perwakilan dan pemerhati perlu memberi tumpuan dengan tekun, untuk dijadikan sebagai masukkan atau senjata, tindakan pencerahan atau menjawab putar belit pemimpin pembangkang di kawasan masing-masing.

Kerajaan yang didokong parti, mengekalkan politik pembangunan dan kemajuan, sesuai dengan aspirasi dan harapan rakyat, yang mana berdekad dinanti-nantikan penyelesaiannya, terutama kemudahan asas, kemiskinan, peluang-peluang pekerjaan, dan perekonomian yang berkembang maju.

Selain itu, kebarangkalian tinggi, Presiden dalam Ucapan Dasar, akan memberi penekanan pentingnya parti bercitra lokal menerajui kerajaan negeri, atas sebab lebih memahami rakyat negeri sebagai pemegang taruh.


SELAMAT BERSIDANG

No comments:

Post a Comment