Friday, November 10, 2023

SYARIKAT BERKAIT KERAJAAN RUGI-BUKAN SEBAB LANTIKAN POLITIK

MEMANG betul, pengerusi, ahli-ahli lembaga pada agensi dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan adalah lantikan politik (tidak semua).

Asas perlantikan mereka ini adalah untuk mendokong, melaksanakan hala tuju kerajaan berkaitan ekonomi dan sosial.

Dipihak yang bersamaan juga dituntut mengamalkan konsep persyarikatan, perjalanan syarikat yang bermotifkan keuntungan.

Ahli lembaga pengarah yang diketuai pengerusi, hanya berperanan sebagai “pemandu” kepada pengurusan syarikat, yang tentunya mereka itu daripada kalangan profesional.

Untung ruginya operasi syarikat terletak pada pengurusan.

Pada khamis, semasa melancarkan Yoyo Superapp yang dioperasikan Sabah Credit Corporation (SCC), Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun memberi peringatan keras terhadap agensi/GLC yang beroperasi “at loss” supaya “bangun” jika kekal pada kedudukan masing-masing.

Sebelum kenyataan Masidi tersebut, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor kecewa, kerana jumlah dividen agensi/GLC yang diterima kerajaan negeri pada tahun ini menurun berbanding tahun lalu.

Ekoran kenyataan Ketua Menteri dan Menteri Kewangan, beberapa ahli politik memberi ulasan yang berunsur politik, dengan dakwaan, punca agensi/GLC beroperasi dalam keadaan rugi, kerana amalan kuota atau melantik ahli politik, termasuk mereka yang dilantik bukan berasaskan merit.

Pengalaman penulis mengetuai pengurusan syarikat, maju mundurnya atau untung ruginya sesebuah syarikat hampir 100 peratus terletak ditangan pengurusan, kerana lembaga pengarah, biasanya akan bersetuju dengan cadangan pengurusan, apabila cadangan yang dikemukakan mempunyai kebolehlaksanaan yang tinggi, mempunyai peluang mencipta keuntungan.

Pada mana-mana agensi/GLC, pengurusan lah yang menentukan, apa kah operasi syarikat boleh diteruskan, selepas mengambil kira perbelanjaan termasuk bayaran gaji, elaun lembaga pengarah, kos-kos lain, pelaburan setiap tahun.

Pengurusan membentangkan Bajet untuk diluluskan oleh lembaga pengarah. Melalui bajet tersebut, sangat jelas, rugi-laba, telah diambilkira, ROI (return on Investment), cadangan dividen dan sebagainya.

Ertinya, perlantikan politik tidak kena mengena dengan untung-rugi bagi mana-mana agensi/GLC, apa tah lagi menyalahkan yang melantik, termasuk meletakkan bebanan pada Ketua Menteri.

Seingat penulis, jarang sekali Lembaga pengarah yang diketuai seorang pnegerusi/timbalan pengerusi menolak cadangan pengurusan yang berdaya maju, kerana pengurusan yang berasaskan profesionalisme mereka akan memberi gambaran/analisis yang mendalam, termasuk analiasa kewangan, analisa saingan, analisa kekangan/halangan, dan seterusnya analisa menghadapi operasi jika berlaku kejadian diluar jangkan.

Apa maknya, jika operasi syarikat dalam keadaan rugi? Ertinya pihak pengrusan tidak mencapai tahap yang diperlukan oleh sesebuah syarikat bagi maksud mencipta keuntungan.

Jika bercakap merit, maka dipihak pengrusan lah perlu ditekankan, bukannya pada lantikan politik yang hanya bertugas/berfungsi sebagai pemandu arah/memastikan hala tuju syarikat sesuai dengan hala tuju kerajaan.

Hala tuju kerajaan pada agensi/GLC selain membuka peluang pekerjaan, juga bermotifkan sosial, kerana kerajaan sangat bergantung pada agensi/GLC untuk menyelesaikan isu-isu ini.

Pemimpin mana yang tidak kecewa, jika agensi/GLC yang diharapkan membantu kerajaan dalam isu-isu sosial/rakyat tidak dapat membantu, sebaliknya menjadi beban pada kerajaan, kerana kerajaan terpaksa menyuntik dana untuk meneruskan operasi sesebuah agensi/GLC.

Adalah tepat, kenyataan Menteri Kewangan Sabah, agensi/GLC bukan “cash cow” bagi pengurusan, sebaliknya perlu menyumbang kepada kerajaan sebagai pelabur.

No comments:

Post a Comment