Friday, November 10, 2023

DI SEBALIK MANDAT RAKYAT PADA GRS

APABILA GRS menang 38/73 pada PRN16 Sabah, ertinya rakyat Sabah secara kolektif menyokong gabungan itu, tanpa mengambilkira sesebuah parti.

Kemenangan parti gabungan, tiada mana-mana parti boleh mengaku, kerana sumbangan parti tertentu, maka calon gabungan menang, sebaliknya kemenangan kerana pengundi melihat gabungan secara keseluruhan.

Oleh kerana rakyat melihat secara keseluruhan, maka pilihan mereka berpandukan, pada pemimpin yang mengetuai gabungan itu.

Berhubungkait dengan GRS, rakyat melihat pada Pengerusi gabungan itu, iaitu Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, selain barisan kempimpinan lain.

Kombinasi kepimpinan ini lah yang menjadi panduan rakyat memberi mandat.

Memang betul, semasa PRN16 Sabah, GRS disokong Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), akan tetapi asas sokongan rakyat berpandukan pada pemimpin yang mengetuai gabungan masih kekal, ertinya, rakyat yang memberi mandat tidak dikecewakan. Apa tah lagi janji-janji yang telah dibuat semasa PRN itu telah ditunaikan, sedang ditunaikan, malah ditambah baik untuk pelaksanaan.

Pada PRU15 juga, kawasan yang dimenagi GRS dan BN adalah hasil kolektif antara dua blok parti itu, ertinya tiada blok parti yang boleh mengaku kemenangan atas kekuatan sendiri.

Demikian juga di kawasan yang dimenangi parti lain, membawa makna, kekuatan blok GRS dan BN tidak dapat menandingi kekuatan parti yang menang itu.

Di masa depan senario sudah berubah, kerana GRS dan BN tidak sehaluan lagi. Ertinya masing-masing membawa haluan sendiri. Kerana masing-masing membawa haluan, maka terpulang kepada masing-masing mengatur strategi untuk mendapat sokongan rakyat.

Dalam rangka menambah, meningakatkan kekuatan, GRS menerima parti-parti lain sebagai ahli komponen, dan kini gabungan itu dianggotai tujuh parti, iaitu Gagasan Rakyat, PBS, STAR, SAPP, USNO, PHRS dan LDP.

Masing-masing parti ahli gabungan, sedang rancak memperkemas jentera termasuk menambah keahlian.

Ahli gabungan termuda, Gagasan Rakyat, akan mengadakan Persidangan Agung Tahunan Pertama pada 13 November ini, dan dijangka dihadiri 2,000 perwakilan daripada 73 Bahagian Seluruh Sabah dan satu bahagian daripada WP Labuan, mempunyai perancangan mendaftar 300,000 keahlian menjelang hujung tahun ini.

Oleh kerna Persidangan Agung Tahuan (PAT) parti itu julungkali diadakan selepas dilancarkan pada 2 Mac tahun ini, dijangka turut dihadiri pemerhati daripada ahli-ahli dan pemimpin parti gabungan.

Adalah dijangka SICC tempat persidangan, akan dihadiri tidak kurang 5000 orang pada 13 November ini. PAT itu akan dirasmikan oleh Presiden Gagasan Rakyat yang juga Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Gagasan Rakyat bersama parti-parti dalam gabungan mempunyai komitmen tinggi dan komited untuk memastikan GRS adalah pilihan rakyat Sabah pada PRN17 akan datang dan seterusnya. Lagi pun gabungan itu bergerak sesuai dengan aspirasi rakyat Sabah, iaitu parti lokal atau tempatan.

No comments:

Post a Comment