Saturday, October 14, 2023

BELANJAWAN 2024: SAMARNYA MENANGANI KOS SARA HIDUP

BELAJAWAN 2024 secara umumnya tidak membantu menangani kos sara hidup secara jangka panjang, melainkan jangka masa pendek, kesan bayaran tunai secara langsung.

Dalam jangka panjang, kos sara hidup terus terkesan apabila kenaikan 25 peratus cukai perkihidmatan ( daripada 6% ke 8%). Kenaikkan cukai ini akan memberi kesan pada semua rantaian (walaupun mengecualikan produk makanan dan telekomunikasi).

Oleh kerana cukai perkhidmatan adalah cukai berulang, ertinya, setiap transaksi/urusniaga tertakluk pada percukaian ini, maka ianya akan menekan pendapatan boleh guna rakyat, sedangkan peningkatan pendapatan pengguna tidak meningkat selari dengan percukaian ini.

Kenaikan cukai perkhidmatan walaupun melibatkan dua mata (25%) akan tetapi mempunyai kesan berganda, dan tentunya pengguna akhir akan merasainya, ertinya kos sara hidup akan kekal menghantui rakyat.

Kesan yang amat ketara dripada kenaikkan cukai perkhidmatan adalah barangan pakai buang antaranya sabun, ubat gigi, sampoo, keperluan tandas, keperluan bayi, pakaian, keperluan pelajar dan juga keperluan perniagaan seperti pingan mangkuk, sudu grafu, shopstick, dan mungkin juga rempah ratus.

Penekanan pengecualian cukai perkhidmatan pada makanan,minuman dan telekomunikasi, kerana dilihat ianya merupakan isu sensitif, atas sebab reaksi rakyat lebih cepat merasainya. Namun tidak disedari, kesan peningkatan cukai pada barangan/perkhidmatan lain “gradually” akan merayap pada sektor makanan,minuman dan telekomunikasi.

Melihat Belanjawan tahun 2024, membawa pengertian, bahawa peningkatan kos sara hidup sesuatu yang perlu dihadapi, dan untuk menseimbangkan kenaikkan itu, maka dibuka pelbagai kaedah untuk rakyat menambah pendapatan yang diperkenalkan kerajaan.

Antara peluang pekerjaan yang berpendapatan tinggi, apabila kerajaan memilih kereta rasmi EV (electric vehicles), maka memerlukan tenagakerja berkemahiran dalam bidang ini. Pemilihan kereta rasmi EV walaupun dilihat sangat mewah, berbanding suara negatif semasa kerajaan menukar kereta rasmi daripada proton perdana kepada Vellfire suatu ketika dahulu, akan tetapi pemilihan ini mendokong usaha mengurangkan pencemaran udara.

Belanjawan 2024 yang berjumlah RM393.8 bilion adalah belanjawan tertinggi pernah dibentangkan dengan RM303.8 bilion untuk belanja mengurus, RM90 bilion bagi belanja pembangunan dan RM2 bilion simpanan luar jangka.

Daripada RM90 bilion belanja pembangunan itu, untuk Sabah diperuntukan RM6.6 bilion (7.33 peratus), berbanding RM6.5 bilion pada tahun 2023.

Menerusi Belanjawan 2024, apabila kerajaan membayar imbuhan pada kakitangan awam Persekutuan antara RM1000-RM2000, termasuk pesara, maka tentunya kerajaan negeri terpaksa akur dengan jumlah imbuhan tersebut, dan tentunya memberikan kesan pada kewangan negeri untuk tujuan pembangunan.

Seperti mana rekod lampau, setiap bayaran tunai oleh kerajaan, mendapat reaksi positif pada kenaikkan harga barang, atas sebab peniaga melihat adanya permintaan atau adanya peningkatan kuasa beli. Keadaan ini, akan terus menambah kenaikkan kos sara hidup.

No comments:

Post a Comment