Saturday, October 14, 2023

BELAJAWAN 2024: RM6.6 BILION DIPERUNTUKKAN UNTUK SABAH

USAHA menzahirkan kesepakatan yang dicapai pemimpin dahulu dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terus direalisasikan Kerajaan Perpaduan dalam Belanjawan 2024 Malaysia MADANI dengan sejumlah RM6.6 bilion diperuntukkan untuk pembangunan di Sabah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan belanjawan itu di Dewan Rakyat pada Jumaat berkata sebanyak RM6.6 bilion diperuntukkan kepada Sabah, iaitu pengingkatan RM100 juta berbanding belanjawan 2023.

Beliau berkata atas semangat MA63, kerajaan Persekutuan juga telah menurunkan kuasa pelaksanaan projek pembangunan di bawah nilai RM50 juta kepada agensi teknikal bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan projek-projek terlibat.

Selain itu, Kerajaan Perpaduan juga telah meningkatkan kadar bayaran khas interim kepada RM300 juta daripada RM125.6 juta sebelum ini.

Walaupun peruntukkan pembangunan yang diberikan kepada Sabah hanya 7.33 peratus daripada keseluruhan peruntukan pembangunan yang dibentangkan yang berjumlah RM90 bilion, akan tetapi peruntukan itu memberi banyak manfaat pada pembangunan negeri.

Sekiranya peruntukan pembangunan ini disalurkan terus kepada perbendaharan negeri, maka ianya lebih berdaya guna, seperti mana bayaran khas interim yang digunakan oleh kerajaan negeri untuk membangun rumah rumah rakyat dan suntikan modal pada agensi/GLC/GLIC untuk memperkerjakan ahli keluarga daripada keluarga miskin tegar yang terdaftar dalam e-kasih untuk jawatan-jawatan perkeranian dan ke bawah.

Adalah sukar bagi mana-mana negeri membangun/maju jika sekiranya kemudahan asas masih terhad, umpamanya bekalan elektrik, bekalan air bersih, jaringan komunikasi (internet), jalan perhubungan.

Contoh mudah, aktiviti ekonomi yang memerlukan bekalan air, seperti dobi, pemperosesan air minum yang dibotolkan. Tanpa bekalan air yang mencukupi aktiviti ekonomi seumpama ini amat terkesan.

Memang diakui, kerajaan negeri sedang bertungkus lumus menyelesaikan bekalan kemudahan asas,kerana ianya amat mempengaruhi peningkatan kemasukan pelabur.

Kemasukan pelabur amat diharapkan oleh negeri, bukan sahaja sebagai kaedah menyediakan peluang-peluang pekerjaan juga untuk menambah kutipan hasil negeri.

No comments:

Post a Comment