Wednesday, September 20, 2023

TANGANI KOS SARA HIDUP BERBANDING ISU DNAA ZAHID

DNAA Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak menyumbang sebutir nasipun pada pinggan rakyat, melainkan hanya membuang masa bagi mereka yang terpaksa menjawab.

Kes Zahid ada lah urusan terpencil yang membabitkan yayasan miliknya, yang telah mengumpul dana daripada berbagai pihak, kemudiannya dikatakan digunakan menyimpang daripada matlamat yayasan. 

Namun semua itu tidak mempunyai hubung kait dengan masalah yang dihadapi rakyat, terutama kenaikkan harga barang yang menyumbang pada kenaikkan kos sara hidup.

Ambil pengajaran pada Datuk Seri Najib Razak, dijatuhi hukuman pun, nilai ringgit tidak juga mengukuh, malah terus merosot, sehinggakan BERNAS terpaksa naikkan harga beras setinggi 36%, antaranya kesan kemerosotan nilai ringgit terhadap dollar Amerika.

Apa yang diperlukan oleh rakyat sekarang adalah kerajaan perlu mencari jalan menangani kos sara hidup. Memang kelihatan kerajaan mengalami kesukaran mengurusnya, kerana isu beras tempatan pun “hilang” di pasaran belum terjawab dengan tuntas, apa kah puncanya.

Ada yang kata beras tempatan tidak boleh dijual bersama-sama dengan beras import, kerana beras tempatan akan menjadi pilihan.

Menampan kenaikkan kos sara hidup, jalan cepatnya adalah menambah pendapatan boleh guna rakyat menerusi berbagai peluang pekerjaan. Kerajaan boleh sahaja mengwujudkan berbagai agensi yang melibatkan ramai rakyat sebagai upaya meningkatkan pendapatan boleh guna. Melalui cara ini, agensi-agensi atau inisiatif itu akan menjadi katalis meneutralisasikan kesan/dampak kenaikkan kos sara hidup.

Bebagai inisiatif kerajaan, antaranya mengurus hutan dengan memperkerjakan ramai orang untuk menanam pokok komersial, menanam pokok bakau pada aliran sungai atau pesisir pantai. Dengan kaedah ini tentu akan ramai rakyat akan terlibat, seperti mana dilaksanakan era Kerajaan Berjaya pimpinan Datuk Harris Salleh (kini Tan Sri) melibatkan ramai orang kampung menanam kayu akasia.

Menerusi kaedah ini, rakyat bukan sahaja dapat aliran tunai tambahan juga meningkatkan pendapatan boleh guna.

Apabila ribuan orang menelusuri sungai-sungai/pantai atau hutan untuk tujuan “menghutankan” semula kawasan itu, tentunya, memberi tempias pada aktiviti ekonomi di kawasan sekitar, misalnya akan wujud warung-warung menjual makanan/minuman. Dan seterusnya aktiviti ekonomi nampak hidup. Apabila aktiviti ekonomi nampak hidup, itu lah tanda-tanda peningkatan ekonomi rakyat.

Aktiviti memungut sampah bergaji bagi kawasan sungai-sungai/pantai, juga adalah satu aktiviti ekonomi yang boleh menambah pendapatan boleh guna rakyat. Aktiviti ini mempunyai tujuan serampang mata, selain kesedaran berkaitan kebersihan, juga mendokong pemuliharaan alam sekitar.

Apa yang penulis sebutkan ada lah bentuk inisiatif yang boleh dilaksanakan kerajaan agar rakyat mendapat wang kontan, tidak seperti mana akitiviti berbakti pada tanah dengan menguasakan berbagai jenis tanaman bermusim.

Di kawasan bandar atau majlis kerajaan tempatan, aktiviti yang mendatangan wang kontan pada rakyat adalah pembersihan longkang-longkang, memotong rumput (walaupun sudah menjadi sebahagian projek PBT), akan tetapi boleh dipertingkatkan untuk tujuan melibatkan ramai rakyat yang bersedia untuk menambah pendapatan/mendapatkan wang kontan.

No comments:

Post a Comment