Wednesday, August 16, 2023

SIGNIFIKAN KAH KEPUTUSAN PRN2023 PADA POLITIK SABAH?

JELAS sekali keputusan PRN2023 didasari polarisasi kaum,yang mana sebahagian besar orang melayu memilih Perikatan Nasional (PN), manakala bukan melayu Pakatan Harapan (PH).

Di Semenanjung mudah berlaku polarisasi kaum, kerana hanya melibatkan 3 suku kaum, iaitu melayu, cina dan india.

Berbeza dengan Sabah yang berlatar belakangkan puluhan kaum, sehinggakan dikelompokkan sebagai bumiputera islam dan bukan, selain kaum cina.

Walaupun ada pengelompokan bumiputera, akan tetapi tidak terhad pada suku tertentu, melainkan berlakunya kelompok silang, contohnya, kaum KDMR, ada yang islam dan ada yang tidak.

Oleh kerana keunikkan suku bangsa yang ada di Sabah, maka sukar berlakunya polarisasi. Makna kata, mana-mana parti yang berkecenderungan polarisasi tentunya tidak sesuai dengan politik Sabah.

Memang diakui sebelum ini, parti Umno diterima di Sabah, kerana berlatar belakangkan keputusan USNO menyertai parti itu secara enblok.

Akan tetapi kesan PRU14 apabila berlaku perubahan senario politik, akhirnya Umno bukan lagi pilihan.

Umno berdepan penolakan apabila tertubuhnya Parti Warisan, kerana terbukti banyak kawasan tradisi parti itu telah ditawan pada PRU14, malah pada PRN16 Sabah, majoriti kerusi yang dimenangi parti yang dipimpin Datuk Shafie Apdal itu adalah kerusi Umno.

Kelemahan parti Warisan adalah tidak dapat menarik pemimpin-pemimpin utama Sabah, kesannya, maka berlaku persaingan antara pemimpin. Persaingan do or die.

Menerusi persaingan itu, maka terwujudnya Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Menerusi gabungan ini, rata-rata pemimpin Sabah yang mempunyai kekuatan kepimpinan bergabung.

Kekuatan sesebuah parti hanya boleh dibuktikan menerusi pilihan raya. Terbukti, GRS mendapat sokongan lebih berbanding parti Warisan, atas sebab itu, menang 38/73 kerusi, iaitu majoriti mudah pada PRN16 Sabah.

Pada asalnya kerajaan Sabah yang ditubuhkan dikenali sebagai Kerajaan GRS. Akan tetapi berubah pada kerajaan GRS-BN, apabila GRS didaftarkan sebagai parti. BN tidak dapat menjadi sebagai komponen parti, kerana BN itu sendiri merupakan gabungan berbagai parti.

Asas utama GRS didaftarkan sebagai parti, kerana untuk menyahut aspirasi rakyat Sabah yang ditunjukkan menerusi mandat yang diberikan, iaitu kecenderungan untuk memilih parti lokal/tempatan.

Para pemimpin GRS tidak boleh menolak aspirasi rakyat melainkan perlu akur. Kerana pertimbangan itu, maka jika sebelumnya parti itu ada elemen parti nasional (Bersatu salah satu komponen), terpaksa membuat keputusan menggugurkan elemen itu, untuk menjadi parti lokal/tempatan sepenuhnya.

Berpandukan pada keyakinan GRS, bahawa rakyat Sabah berkecenderungan pada parti lokal/tempatan, maka kebimbangan PRN2023 memberi kesan pada politik Sabah dengan sendirinya terjawab, ertinya, rakyat Sabah tidak terkesan.

Landasan GRS berbeza dengan blok parti di Semenanjung, ertinya, jikapun blok parti Semenanjung kekal beroperasi di Sabah dan tentunya akan menyertai pilihan raya negeri/parlimen, akan tetapi berpandukan pada keyakinan pemimpin GRS, bahawa rakyat Sabah lebih cenderung pada parti lokal/tempatan, maka kehadiran blok parti luar hanya lah bermatlamat meraikan pesta demokrasi.

Apabila semua pihak menghormati kebebasan, hak demokrasi, maka tidak perlu timbul pandangan/cadangan mana-mana parti yang berdaftar secara sah dalam negara dihalang untuk bertanding atau menyertai pilihan raya.

Dalam berpolitik perlu ada keyakinan pada perjuangan, landasan/platform yang diguna pakai, kerana kenyakinan dan landasan/platform yang diguna pakai tentunya dibangun sesuai dengan aspirasi/kehendak rakyat. Kerana akur pada aspirasi/kehendak rakyat lah sesebuah parti boleh pergi jauh/mendapat sokongan.

Rakyat negara ini bukan tidak biasa melihat berbagai parti menyertai pilihan raya, termasuk parti yang diasaskan oleh para pemimpin berpengalaman, akan tetapi, tidak juga pergi jauh, malah ditolak rakyat. Maknanya, kebimbangan penyertaan sesebuah parti dalam pilihan raya, tidak akan menggaggu gugat parti yang sememangnya menjadi pilihan rakyat.

Mengambil iktibar pada PRN2023, tersangat jelas, parti pilihan rakyat yang mendapat sokongan, dan parti yang tidak disokong termasuk lah parti yang pernah menjadi pujaan sebelum ini.

Menjelang PRN17 Sabah, cadangan untuk menghalang parti-parti luar Sabah bertanding, seolah-olah meremehkan keyakian/kebolehan parti tempatan mewakili rakyat, selain itu meremehkan kebolehan rakyat Sabah menentukan masa depan sendiri.

Para pemimpin politik, tidak boleh menghalang aspirasi/kehendak rakyat, termasuk menghalang membuat pilihan, melainkan perlu akur.

Terbukti pada PRN2023, apapun usaha para pemimpin politik, untuk menghalang rakyat memberi undi pada parti seteru masing-masing tidak dapat dibendung, melainkan rakyat memperlihatkan manifestasi sokongan luar biasa pada parti yang dihalang untuk disokong.

Apa ertinya itu semua? Rakyat lah penentu jatuh/bangunnya sesebuah parti, bukannya bergantung pada “taktikal” pemimpin politik, termasuk menghalang parti seteru untuk tidak menyertai pilihan raya. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Post a Comment