Wednesday, July 19, 2023

WANITA GRS TIDAK TERLIBAT KEMPEN PRN 6 NEGERI- FOKUS GERAK KERJA DI SABAH: AZIZAH

Datuk Azizah Dun Bersama Sayap Wanita GRS
SAYAP wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak terlibat kempen PRN 6 negeri kerana memberi fokus kepada gerak kerja untuk Sabah.

Sebagai parti lokal/tempatan Sabah, mempunyai keutamaan untuk fokus pada rakyat dan negeri.

Sayap Wanita sedang fokus berkaitan jelajah Wanita gabungan itu yang akan dilancar pada 23 Julai ini oleh Pengerusi GRS merangkap Ketua Menteri Sabah- Datuk Seri Hajiji Haji Noor.

Sebagai parti yang berumur setahun jagung, GRS perlu menjelajah ke serata pelosok negeri untuk dekat dengan rakyat untuk menerangkan visi dan perjuangan parti.

Selain itu, gabungan itu juga perlu mempersiapkan jentera parti bagi menghadapi PRN17 negeri yang akan diadakan pada tahun 2025.

Baki 2 tahun sebelum penggal ke-16 DUN Sabah berakhir adalah masa-masa yang amat kritikal bagi sebuah parti seperti GRS untuk dikenali oleh rakyat.

Gabungan itu sangat sedar, bahawa PRN17 adalah penentu hala tuju politik Sabah, apa kah rakyat Sabah memilih parti lokal/tempatan sebagai platform perjuangan atau kah masih berbelah bahagi, antara parti lokal dan nasional.

Senario politik Sabah berbeza sedikit dengan senario politik Sarawak, kerana di negeri bumi kenyalang itu, hanya PH dan PN yang bersaing dengan parti lokal/tempatan di wilayah tersebut, manakala di Sabah, selain PH dan PN, BN juga turut bersaing, khususnya komponen BN- Parti Umno, yang telah menjadi tunjang kerajaan negeri dari tahun 1994-2018., iaitu selama 24 tahun. Tempoh masa 24 tahun bukannya singkat, yang menjadi asas bagi parti itu mempunyai akar umbi.

Walaupun pada PRU14 yang menyaksikan berakhirnya penguasaan Umno, akan tetapi antara GRS dan Umno belum bertembung pada pilihan raya selepas itu, termasuk PRN16 Sabah dan PRU15.

Memandangkan berlakunya perubahan politik Pasca PRU15, tiada jaminan lagi, bahawa tidak akan berlaku pertembungan antara dua parti pada PRN17 Sabah.

Keputusan Sayap Wanita GRS untuk tidak terlibat pada PRN 6 negeri yang melibatkan PH dan Umno serta PN, adalah isyarat tidak langsung, bahawa gabungan itu, tidak mencampuri urusan parti yang berdaftar di Semenanjung, dan mengharapkan, blok-blok parti itu juga memahami maksud tersirat itu, agar parti lokal/tempat Sabah diberi ruang/peluang untuk mengatur wilayah sendiri.

Pun demikian, dalam arena demokrasi yang diamalkan di Malaysia, tidak menghalang mana-mana parti bertanding di mana-mana wilayah, atas sebab itu, semuanya terpulang pada rakyat di wilayah masing-masing, parti politik mana diberi kepercayaan menjadi platform menentukan untung nasib mereka.

Oleh kerana sistem permainan demikian, maka jika GRS mahu menjadi platform rakyat Sabah untuk membela untung nasib rakyat, maka bukan sahaja perlu menjelajah seluruh pelosok negeri, akan tetapi juga perlu menerangkan kepada rakyat kelebihan parti lokal/tempatan.

Ada lah menjadi tugas semua jajaran kepimpinan gabungan itu, untuk memastikan bahawa rakyat Sabah selain tiada keraguan untuk menyokong, akan tetapi juga dengan memilih Gabungan untung nasib mereka lebih terbela.

Rakyat Sabah mempunyai pengalaman panjang dalam arena politik, samada diperintah lokal/tempatan dan nasional, akan tetapi isu-isu tertunggak yang berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) belum dapat diselesaikan.

Dengan adanya isu-isu tertunggak ini, maka Gabungan (GRS) menjadikannya sebagai salah satu keutamaan. Kerana keutamaan ini lah membezakan dengan parti-parti lain yang turut bertapak di Sabah.

Menerusi GRS, dengan jelas, setiap hak Sabah yang tertulis dalam MA63 dan Perlembagaan Negera terus diperjuangkan sehingga tuntas, demi rakyat dan negeri.

No comments:

Post a Comment