Thursday, July 27, 2023

PRN17 SABAH: ELECTION PACT ANTARA GRS DAN PH?

ELECTION PACT antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) pada PRN17 Sabah on the card, apabila isyarat tidak langsung diberikan oleh Pengerusi GRS yang juga Ketua Menteri Sabah semasa penyerahan perlantikan 14 Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) pada Selasa (25 Julai).

Semasa memberi pesanan pada mereka yang dilantik- “PPM perlu menjelaskan kepada rakyat mengenai rancangan pembangunan kerajaan khususnya Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ)”; “Fungsi PPM adalah untuk memberikan gambaran yang jelas mengenai dasar kerajaan khususnya pembangunan yang dijalankan dalam tempoh lebih dua tahun mentadbir negeri”; “Perlantikan sebagai PPM bukan satu keistimewaan dan pihak berkenaan perlu sentiasa berkerjasama rapat dengan WAKIL RAKYAT dalam perkhdimatan di kawasan”; “PPM perlu membantu wakil rakyat di kawasan masing-masing untuk mendapatkan semula kerusi pada PRN akan datang”.

Pada Selasa, sebahgaian daripada 14 PPM yang dilantik meliputi semua kawasan-kawasan yang disandang ADUN PH.

Pada majlis penyerahan watikah perlantikan PPM turut dilantik PPM Bengkoka, Sukau dan Kunak. Hanya PPM Sukau, “syarat” membantu wakil rakyat tidak terpakai, kerana wakil rakyat kawasan itu tidak mesra dengan kerajaan GRS.

Jika benar berlaku “election pact” antara GRS dan PH, membawa erti, pembahagian kerusi berasaskan penyandang.

GRS menerima hakikat, bahawa PH mempunyai kekuatan di kawasan tradisi parti itu. demikian juga di pihak PH menerima hakikat bahawa GRS mempunyai kekuatan di kawasan tradisi parti itu.

Menerusi “election pact” adalah untuk memastikan, bahawa jumlah kerusi yang diperlukan membentuk kerajaan dan menepati komposisi rakyat Sabah dapat dicapai.

DUN Sabah mempunyai 73 kerusi, dan mana-mana blok parti atau kerjasama antara parti memerlukan sekurang-kurangnya 37 kerusi.

Penulis melihat di antara blok-blok parti di Sabah, hanya PH boleh menang di kawasan kaum cina. Dengan itu kerjasama antara GRS dan PH, akan menghasilkan keputusan sepertimana komposisi para ADUN yang menyokong Kerajaan Sabah Maju Jaya yang diterajui GRS.

Suatu kesepakatan termasuk kerjasama dalam pilihan raya didahului dengan tindakan dan iltizam.

Melihat tindakan Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi GRS, apabila bersetuju bekerjasama dengan PH menerajui kerajaan negeri, dengan memberi ruang pada wakil-wakil rakyat parti itu menjadi anggota pentadbiraan negeri, termasuk perlantikan PPM, mencerminkan kesepakatan jangka panjang dalam arena politik Sabah.

Nampaknya, GRS telah mengantisipasi bahawa keputusan PRN 6 negeri akan mengekalkan status quo, maknanya, penjajaran politik pasca PRU15 akan berterusan, termasuk pada PRN berikutnya dan PRU16 akan datang.

Di Sabah, selepas diperkenalkan oleh Kerajaan PBS, jawatan Timbalan Ketua Menteri mewakili komposisi rakyat Sabah, iaitu bumiputera islam, bukan islam dan tionghua, pertama kali berlaku pada kabinet Tan Sri Musa Aman selepas PRU14, dan kemudiannya selepas PRN16 Sabah, tiada Timbalan Ketua Menteri daripada kaum cina, atas sebab, parti-parti yang mendapat majoriti mudah, tiada seorangpun wakil rakyat daripada kaum itu.

Memandangkan pada PRN17 Sabah akan berlaku election pact antara GRS/PH, maka kabinet negeri yang dibentuk akan kembali seperti mana yang lalu-lalu.

Berasasakan kompoisi penduduk Sabah, kerjasama tiga golongan terbesar diperlukan bukan sahaja untuk kestabilan politik akan tetapi memerelihara hubungan antara kaum. yang sudah lama terjalin.

No comments:

Post a Comment