Monday, July 10, 2023

PRN 6 NEGERI: KE ARAH MANA PENGUNDI MELAYU?

MENGAMATI politik negara, tidak perlu bincang sokongan pengundi bukan melayu sebab kita semua sudah tahu mereka padu di belakang DAP.

Apabila kerajaan Perpaduan ditubuhkan, politik kaum melayu mudah difahami, sebabnya hanya berpaksi pada dua gabungan, iaitu antara PH/BN dan PN.

Secara tersurat dan tersirat PN mendakwa mewakili orang Melayu dan Islam. Untuk rekod pada PRU15, secara keseluruhan PN mendapat 54% undi Melayu, berbanding BN 33% dan PH 11%.

Kita tidak perlu tunggu lama untuk melihat tindak balas orang Melayu terhadap perkongsian Umno-DAP, kerana ianya akan berlaku dalam pilihan raya dewan undangan di enam buah negeri Semenanjung 12 Ogos ini.

Pada 12 Ogos nanti dilihat adalah pertembungan antara PN yang mewakili Melayu dan PH-Umno yang mewakili pelbagai kaum.

Adakah pengundi Melayu akan berduyun-duyun menyokong Umno kerana ia telah kembali berada dalam kerajaan atau mereka akan menolaknya seperti mana mereka menolak PAS ketika PAS bersama DAP?

Ke arah mana pengundi Melayu hanya akan diketahui selepas semua kertas undi dikira, atas sebab, orang Melayu yang merupakan pengundi teramai, akan menentukan keputusan PRN 6 negeri.

No comments:

Post a Comment