Saturday, July 15, 2023

PRN 6 NEGERI: APA KEDUDUKAN UMNO?

NAMPAKNYA Umno jika menang kerusi yang ditandingi hanya untuk cukup korum di Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang, atas sebab, jawatan Menteri Besar/Ketua Menteri sudah pasti milik PH.

Di Kedah, Kelantan dan Terengganu, negeri yang membolehkan Umno menduduki jawatan Menteri Besar, adalah negeri-negeri hanya sasaran, bukan realiti.

Jika calon-calon Umno menang, maka membolehkan parti itu menyertai barisan exco, seperti mana syarat yang diletakkan Ketua Menteri Sementara Pulau Pinang.

Penyertaan calon-calon Umno pada PRN 6 negeri, untuk mengenal pasti, apa kah penyokong parti itu terkesan dengan keputusan parti itu mengubah dasar parti daripada No Anwar, No DAP, kepada YES Anwar dan YES DAP.

Secara umumnya, PRN 6 Negeri, Umno mahu membuktikan sejauh mana sokongan orang melayu terhadap kerjasama PH/BN, apa kah disambut baik atau sebaliknya.

Berasaskan keputusan PRU15, Umno dan PH, sokongan orang melayu masing-masing 33% dan 11%. Sementara PN 54%.

PRN 6 Negeri adalah cabaran utama Umno untuk membuktikan, apa kah kaum yang diwakili parti itu masih menyokong parti itu. Kekuatan Umno sejak merdeka, berpaksi pada sokongan orang melayu.

Di pihak PN pula, tidak perlu merampas Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang pada PRN kali ini, hanya memadai menang sejumlah kerusi yang menunjukkan peralihan sokongan orang melayu.

Bangkit tidaknya Umno, akan diukur pada PRN kali ini, kerana dalam politik mengukur kekuatan parti dilihat pada jumlah kerusi yang dimenangi.

No comments:

Post a Comment