Tuesday, June 27, 2023

PRN 6 NEGERI- SEJAUH MANA PENERIMAAN RAKYAT PADA KERAJAAN PERPADUAN

SEPERTIMANA perancangan asal masing-masing blok parti pada 6 negeri akan diadakan PRN sedikit masa lagi, apabila tidak menyertai PRU15, adalah untuk memastikan negeri yang dikuasai kekal dengan parti masing-masing.

PH/BN dilihat mempunyai kelebihan di Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang kerana selain negeri-negeri itu dikuasai blok parti itu, juga Kerajaan Persekutuan.

Oleh kerana PH/BN menerajui Kerajaan Persekutuan, maka cuba merampas Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Pertimbangan blok-blok parti apabila tidak menyertai PRU15 serentak, mengambilkira parti blok mana menguasai kerajaan Persekutuan, kerana pertimbangan mereka, mana-mana blok parti menguasai kerajaan Persekutuan, dianggap mempunyai kelebihan apabila diadakan PRN di negeri-negeri berkenaan.

PRN 6 negeri ini, sebenarnya hanya menguji sejauh mana penerimaan rakyat pada kerajaan Perpaduan, atas sebab keputusan PRN ini tidak mengubah status quo atau dengan kata lain tidak mempengaruhi kedudukan Kerajaan Persekutuan.

Jika lah rakyat di 6 negeri itu menerima kerajaan Perpaduan, maka ke enam-enam negeri itu akan jatuh ke tangan PH/BN. Tetapi juga boleh berlaku, rakyat di 6 negeri  itu membuat keputusan sebaliknya sebagai bentuk  refrendum atau juga sebagai bentuk semak dan imbang.

Berhadapan PRN ini, PN adalah blok parti “underdog”,kerana tidak mempunyai tawaran pada rakyat berkaitan kemajuan dan pembangunan, selain sentimen kaum dan agama.

Jika rakyat berpandukan pada kemajuan dan pembangunan, dan tentunya Kerajaan Persekutuan yang mempunyai kapasiti, maka PH/BN adalah pilihan mereka. Akan tetapi jika rakyat berfikiran sebaliknya, dan menganggap kerajaan Persekutuan yang ada, hanya kekal sepenggal, maka mereka perlu memberi kuasa pada PN sebagai persediaan mengambil alih kerajaan Persekutuan pada PRU16.

Enam negeri yang terlibat dalam PRN mempunyai 81 kawasan parlimen daripada 222, ada lah satu jumlah yang besar yang boleh dijadikan asas atau platform mengambilalih kerajaan Persekutuan pada PRU akan datang.

Secara umumnya, PRN kali ini, bukan lah faktor pertembungan antara kaum, seperti mana anggapan ramai pihak, sebaliknya PRN kali ini, hanya menguji sejauh mana penerimaan rakyat pada kerajaan Perpaduan.

Ada lah silap atau salah, apabila ada anggapan, hanya kaum melayu memilih PN, atau PH/BN hanya dipilih bukan melayu, atau majoriti kaum melayu memilih PN, majoriti bukan melayu pilih PH/BN. Sebaliknya, sebarang keputusan PRN itu, ada lah kehendak rakyat secara umum di 6 negeri itu, blok mana wajar menerajui Kerajaan Persekutuan.

Atas sebab itu, keputusan PRN 6 negeri, ada lah indikasi rakyat, blok parti mana yang mereka beri mandat pada PRU16.

No comments:

Post a Comment