Tuesday, June 27, 2023

GABUNGAN RAKYAT SABAH- WADAH POLITIK RAKYAT SABAH

DATUK Seri Hajiji Haji Noor menerima cabaran untuk mengwujudkan wadah politik rakyat Sabah menerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Permulaan untuk merealisasikan wadah itu, apabila tujuh pemimpin utama parti-parti politik yang sekian lama berkecimpung dalam politik Sabah bertuju membawa parti masing-masing bergabung dalam gabungan tersebut.

Hakikatnya setiap parti politik, selain mempunyai struktur kepimpinan, juga mempunyai ahli. Jumlah ahli diterjemahkan menerusi cawangan-cawangan atau bahagian-bahagian parti. setiap cawangan atau bahagian perlu mempunyai jumlah ahli tertentu sesuai dengan perlembagaan parti masing-masing.

Apabila sesebuah cawangan atau bahagian terwujud secara rasmi, maka dengan sendiri mempunyai keahlian minimum seperti mana peruntukkan perlembagaan parti berkenaan.

Cawangan/bahagian adalah gambaran kekuatan sesebuah parti. Oleh kerana setiap parti dalam Gabungan mempunyai cawangan/bahagian, maka ianya menggambarkan kekuatan. Kekuatan itu lah dijadikan kekuatan bagi GRS- untuk merealisasikan misi Gabungan itu menjadi wadah politik rakyat Sabah, untuk tidak lagi bergantung pada mana-mana parti politik lain, termasuk blok parti politik besar di negara ini.

Untuk merealisasikan misi itu tidak mudah, kerana masih ramai pemimpin politik Sabah di luar gabungan itu yang mempunyai hala tuju masing-masing, termasuk bersama-sama dengan blok parti besar.

Berpandukan pada keadaan ini, maka hanya rakyat Sabah sahaja lah yang boleh memutuskan, blok parti mana menjadi wadah politik Sabah.

Bagi menentukan blok mana menjadi pilihan rakyat, hanya menerusi pilihan raya. Keputusan pilihan raya adalah cerminan pilihan rakyat.

Kerana rakyat adalah penentu, maka menjadi cabaran 7 komponen parti dalam GRS, memperkemas jentera, memperbanyak keahlian, kerana dua elemen ini saling berkait, saling membantu semasa pilihan raya.

Ujian sebenar bagi setiap blok parti ada lah pada PRN17 Sabah. Pada PRN itu lah boleh dianggap sebagai game changer politik Sabah, samaada memilih blok politik tempatan sebagai wadah politik Sabah atau kah masih ada rakyat Sabah berada dalam keadaan simpang siur, sebelah kaki pada parti tempatan/lokal, sebelah kaki pada parti nasional.

No comments:

Post a Comment