Saturday, June 17, 2023

BINCANG EKONOMI NEGARA: ANWAR PILIH JEMPUT KJ

FAKTANYA, ahli politik dijemput Perdana Menteri pada petang Jumaat (15 Jun 2023) untuk membincangkan hala tuju ekonomi negara yang akan dilancar pada Ogos ini, bukan hanya Khairy Jamaludin Abu Bakar (KJ) akan tetapi juga Datuk Johari Ghani (Naib Presiden Umno).

Mengapa Perdana Menteri memilih pemimpin yang dipecat Umno untuk diajak berbincang menentukan hala tuju ekonomi negara?.

Khairy ada lah individu yang digemari Perikatan Nasional, malah menganggap, jika mantan Ketua Pemuda Umno itu menyertai parti itu, maka menjadi kekuatan perikatan itu pada PRN 6 Negeri.

Perdana Menteri berkongsi sendiri di laman media sosial milik beliau, selain ulasan tujuan perbincangan juga disertakan gambar beliau mempengerusikan perbincangan tersebut, di mana KJ duduk di sebelah kiri beliau selepas Datuk Johari.

Benar lah strategi politik beragam. Perbezaan hala tuju politik akan cair, apabila berhadapan kepentingan bersama.

Perdana Menteri menjemput KJ, dan yang dijemput juga akur, kerana satu tujuan, iaitu demi negara dan rakyat.

Tindakan Datuk Seri Anwar ini, merupakan satu bentuk reformasi, kerana di masa lalu, tidak pernah berlaku, seorang Perdana Menteri menjemput seseorang yang dipesona grata oleh pemimpin parti atau parti yang sebahagian daripada kerajaan.

Apabila Hala Tuju Ekonomi negara yang akan dilancarkan nanti, maka menggambarkan aspirasi semua pihak, bukan daripada kerajaan off the day sahaja.

Walaupun KJ tidak mewakili mana-mana parti politik, akan tetapi beliau boleh dianggap pemimpin yang mewakili suara yang menentang kerajaan. Penulis berpandangan, asas ini lah yang menjadi pertimbangan Perdana Menteri menjemput mantan Menteri Kesihatan tersebut.

No comments:

Post a Comment