Friday, June 16, 2023

BERSENGKOKOL TUNTUTAN SULU: MP GRS SOKONG PM AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG?

SABAH ada 25 ahli parlimen. Daripada jumlah itu, 6 daripada GRS.

Setakat ini, hanya ahli parlimen daripada GRS secara terbuka disokong dengan kenyataan akhbar menyokong keputusan Perdana Menteri untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang sengkokol.

Lebih jauh daripada itu, ahli parlimen GRS mendesak bekas peguam negara, Tan Sri Tommy Thomas perlu disiasat berkaitan tindakan mengutus surat pada peguam pihak yang menuntut pada 19 September 2019 yang tidak mendapat persetujuan daripada Mesyuarat Jemaah Menteri.

Tututan Sulu cukup menarik, kerana melibatkan wang berbilion ringgit. Dalam proses menuntut itu, pihak penutut boleh bersaing dengan sebuah negara, kerana dapat menanggung kos guaman dan pengurusan yang jutaan ringgit.

Apabila Menteri Undang-Undang, Datuk Azalina Said berkata, bahawa tuntutan sulu ini bersifat komersial, memangpun boleh dianggap ada kebenarannya.

Dilihat cara menunut berpindah dari negara ke negara (forum shopping) membuktikan lagi,bahawa tuntutan ini berunsur komersial, yang dibantu “pelabur” untuk mendapatkan keuntungan cepat.

“pelabur” ini ada kemungkinan ada bantuan daripada dalang penuntut, kerana atas sifat pelabur, tidak akan melabur,jika tidak mempunyai dokumen/fakta yang dilihat kuat/otentik sebagai sandaran.

Penulis bersetuju dengan tindakan 6 ahli parlimen GRS, asas utama penutut adalah SURAT daripada Tan Sri Tommy Thomas. Seperti mana yang kita maklum, semasa Tommy mengutus surat itu, menteri yang menjaga undang-undang adalah Pengerusi Parti Warisan Sabah (mendiang Datuk Liew Vui Keong).

Memang asas surat yang ditulis mantan peguam negara itu berkaitan penghentian bayaran grant tahunan pada pewaris kesulutan Sulu oleh Kerajaan Malaysia ekoran pencerobohan Kg Tanduo, Lahad Datu pada Februari 2013.

Jika siasatan dilakukan berkaitan punca tuntutan sulu yang bersifat komerisal ini akan terdedah nanti, siapa dalang sebenar.

Jika adanya dalang daripada rakyat Sabah/atau siapa-siapa, maka berhadapan hukuman berat,kerana disifatkan sebagai melakukan perang terhadap YDP Agong. Salah seorang yang dihukum mati kerana melakukan perang terhadap YDP Agong adalah pemimpin Al-Ma’unah.

Pencerobahan Kg Tanduo berlaku, pada mulanya dianggap berunsur politik, kerana berlaku menjelang PRU13.

Menjelang PRU itu, pemimpin pembangkang masa itu (penulis tidak perlu menyebut) kerana penulis percaya, ramai di antara rakyat Sabah tahu, terdapat satu andaian- Bukan sahaja Najib Goyang, akan tetapi Sabah sebagai simpanan Tetap BN juga goyang.

Atas sebab, aliran kronologi yang simpang siur, kerana masa yang berbeza, maka siasatan menyeluruh berkaitan TUTUTAN SULU akan merungkai, punca sebenar. Isu seperti ini, memerlukan Suruhanjaya DiRaja (RCI) jika benar-benar mahu membawa dalang ke muka pengadilan.

No comments:

Post a Comment