Tuesday, May 02, 2023

TUMBANGKAN ANWAR TAPI BUKAN KERAJAAN: KERJA GILA

PERDANA MENTERI bukan superman, sebab itu perlu barisan kabinet, perlu timbalan menteri, setiausaha-setiausaha politik, pegawai-pegawai khas untuk membantu memerintah.

Sebagai pemerintah dibantu penjawat awam sebagai pentadbir.

Jika kerajaan gagal, kegagalan itu bukan terletak ditangan Perdana Menteri seorang, akan tetapi kegagalan sistem itu.

Kegagalan menurunkan kos sara hidup, kesan inflasi (kenaikan harga barang), ada lah kegagalan sistem kerajaan. Jika sistem kerajaan gagal, siapapun diletakkan sebagai Perdana Menteri tidak akan boleh mengubah keadaan dalam masa segera.

Gerakan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang akan turun ke jalan bermatlamat menumbangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan kerajaan, bukan saja kerja gila tetapi bodoh.

Apabila Perdana Menteri tumbang, ertinya kerajaan yang dipimpin juga tumbang.

Parti-parti yang menyokong kerajaan Persekutuan, semua telah bersetuju menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri. Tidak terlihat mana-mana pemimpin yang dalam semua parti mempunyai pemimpin alternatif untuk dipersetujui sebagai Perdana Menteri, kerana pemimpin itu disifatkan mempunyai lampu aladdin untuk mengubah sistem yang gagal.

Mengubah sistem yang gagal perlu rombakan menyeluruh, ertinya rombakan pada sistem. Tiada istilah suatu sistem yang gagal boleh menghasilkan sesuatu yang berbeza.

Sesebuah kerajaan boleh diubah menerusi pilihan raya. Rakyat akan menentukan, pemimpin mana dan parti mana boleh mengubah sistem.

Tiada istilah sistem boleh diubah dengan menukarkan Perdana Menteri, melainkan secara keseluruhan perlu diubah.

Menukar sistem, rakyat perlu menunggu PRU-16, itu pun pertukaran boleh berlaku, jika kerajaan off the day benar-benar gagal menepati harapan rakyat.

No comments:

Post a Comment