Friday, May 12, 2023

PRN 6 NEGERI: SEBAIKNYA GRS BERKECUALI

KEPUTUSAN berkecuali Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada 6 PRN di Semenanjung jika itu dipilih oleh Gabungan itu, maka di masa hadapan boleh menjadi penanda aras, pada mana-mana blok politik hanya berkonsentrasi di wilayah masing-masing.

Enam PRN itu boleh dikatakan pertembungan antara PH/BN dan PN/PAS, tidak melibatkan parti-parti daripada Sabah dan Sarawak, walaupun dalam PH itu ada UPKO dan BN itu ada PBRS.

GRS perlu berkecuali daripada perbalahan antara blok parti di Semenanjung, sebagai cerminan pada pendekatan gabungan itu yang menyokong mana di antara dua blok parti itu diberi sokongan pengundi Semenanjung.

Hakikat tidak di boleh ditolak, apapun kaedah/strategi yang digunakan PH/BN dan PN/PAS mana-mana parti tidak akan menang 165 kerusi parlimen yang tersedia, melainkan seimbang atau ada blok parti mendapat lebih kerusi, seperti mana kombinasi antara PH/BN pasca PRU-15.

Pada PRU-15, di Semenanjung antara PH dan PN mendapat jumlah kerusi yang sama, iaitu masing-masing 71, manakala BN 23.

Senario politik selepas PRU-15, jelas kombinasi antara PH/BN di Semenanjung lebih banyak kerusi, dan apabila parti Blok Borneo menyokong, bukan sahaja dapat membentuk kerajaan yang kuat, juga mengwujudkan kestabilan politik.

Matlamat parti Blok Borneo adalah untuk pengwujudan kerajaan yang kukuh dan politik yang stabil, kerana menerusinya, kemajuan dan pembangunan di dua negeri Borneo akan terjamin dan berjalan lancar.

Pengelibatan parti-parti Blok Borneo di Semenanjung, selain tidak sesuai, kerana latar belakang kaum yang didepani berbeza. Kerana perbezaan itu, adalah sesuai, hanya blok parti Semenanjung mengurus wilayahnya dan jika boleh jangan juga melibatkan diri di Sabah dan Sarawak.

Pendekatan politik tanah air perlu berubah demi kestabilan, dan tidak lagi kembali pada era lama, walaupun telah berakar umbi kerana terlalu lama mencekam politik tanah air, akan tetapi, kerananya politik negara bercelaru dan semakin menunju perpecahan.

Pasca PRU-14 dan Pasca PRU-15, merupakan game changer politik tanah air, yang berkecenderungan, setiap wilayah- rakyatnya mahukan blok parti masing-masing.

Penulis berpendapat, sebaiknya semua pihak perlu akur, bahawa di Sarawak ada GPS, di Sabah ada GRS, dan di Semenanjung samada PH/BN atau PN/PAS.

Menerusi kombinasi masing-masing blok antara tiga wilayah, kestabilan politik terwujud, dan kerajaan dibentuk juga kukuh.

No comments:

Post a Comment