Sunday, May 14, 2023

KONVENSYEN KERAJAAN PERPADUAN: SASARAN &HARAPAN

SELEPAS 6 bulan 19 parti sokong menyokong membentuk kerajaan Perpaduan yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) yang sinonim dengan Perhimpunan Agung Umno, buat pertama kali Pakatan Harapan (PH) duduk sepentas dengan bekas seteru, Barisan Nasional (BN) untuk membincangkan sasaran dan harapan Gerak Kerja Kerajaan Perpaduan.

Kehadiran semua pemimpin parti, menunjukkan tiada keraguan berkaitan kestabilan politik dalam kerajaan, bertolak belakang dengan isu sebelum ini, bahawa kerajaan akan kehilangan majoriti kerana tindakan sesetengah ahli parlimen yang dikatakan daripada Umno/BN akan mengosongkan kerusi untuk memberi laluan pada pilihan raya kecil.

Ketangkasan politik Anwar dalam masa singkat menyatukan semua parti yang ada di antaranya berdekad berseteru, menunjukkan kemahiran politik aras tinggi, Perdana Menteri ke-10 itu.

Tambahan lagi, adanya laporan bahawa Perdana Menteri ingin mengembalikan persahabatan dengan Tok Guru Tan Sri Hadi Awang, menggambarkan, pendekatan Perdana Menteri itu, hampir serupa dengan pendekatan Perdana Menteri ke-2 Negara- Allahyarham Tun Abdul Razak Hussien.

Di peringkat parti dan pemimpin, Anwar telah berjaya, hanya di peringkat akar umbi atau rakyat, dan bakal dibuktikan pada 6 PRN pertengahan tahun ini.

Enam negeri yang bakal mengadakan PRN, iaitu Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Parti-parti yang menyokong kerajaan, terutama PH dan BN akan berhadapan dengan 6 PRN itu berhadapan dengan PN/PAS yang berlatar belakang keputusan PRU-15.

Antara PH/BN dan PN/PAS masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan. PH/BN berhadapan dengan kencenderungan gelombang hijau daripada kaum melayu, manakala PN/PAS tidak dapat menggamit sokongan daripada kaum cina dan india.

Penulis melihat, dalam pertembungan satu lawan satu, apapun kehebatan blok parti yang mengharapkan sokongan satu kaum, walaupun dapat bersaing dengan hebat, akan tetapi sukar mencapai kemenangan, apa tah lagi, jika agihan kerusi bagi blok parti yang mendapat sokongan berbagai kaum berasaskan menang-menang.

Penulis melihat, menerusi konvensyen hari ini, Datuk Seri Anwar akan cuba merungkai stigama antara parti yang sekian lama berseteru, dijadikan kekuatan, sebagai asas kerjasama seterusnya, bukan sahaja menerusi 6 PRN pada Julai ini, akan tetapi pada PRU-16 yang dijangka pada tahun 2026.

Konvensyen hari ini, akan melakar harapan dan sasaran kerajaan perpaduan untuk memajukan negara dan rakyat. Sama-sama kita nantikan petang nanti, rumusan yang bakal dimeterai dalam konvesenyen sehari itu.

No comments:

Post a Comment