Wednesday, May 03, 2023

GPS DAN GRS KEKAL SOKONG ANWAR SEHINGGA TAMAT PENGGAL


WALAUPUN dalam politik itu tiada yang kekal kecuali kepentingan, sehingga timbul berbagai cerita akan berlakunya perubahan kerajaan yang digerakan oleh sekumpulan ahli parlimen yang bersedia mengosongkan kerusi masing-masing untuk memberi laluan pada PRK, akan tetapi gerakan itu tidak akan berjaya tanpa sokongan GPS dan GRS.

GPS dan GRS mewakili 29 kerusi parlimen daripada 148 ahli parlimen yang menyokong Kerajaan Perpaduan.

Mungkin ahli politik Semenanjung terlepas pandang, sokongan GPS dan GRS kekal kukuh pada Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal Parlimen ke-15. Sokongan ini, agar kestabilan politik tanah air terwujud untuk membolehkan kerajaan mengatur langkah-langkah perlu untuk mengatasi masalah yang dihadapi rakyat terutama kos sara hidup.

Di Sabah, GRS memberi jaminan, semua ahli parlimen parti itu tidak akan bersengkokol dengan mana-mana pihak untuk menumbangkan kerajaan, walaupun benar-benar berlaku adanya PRK-PRK di Semenanjung yang melibatkan ahli parlimen Umno/BN.

Penulis yakin, tidak akan ada sebarang gerakan nyata menumbangkan kerajaan Perpaduan, selagi tiada persetujuan daripada GPS dan GRS.

GPS dan GRS telah move on, selepas akur dengan Titah YDP Agong menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan.

Cerita-cerita berkaitan gerakan menumbangkan kerajaan, akan kekal sebagai cerita politik sehingga PRU-16.

Sepatutnya parti politik yang memilih menjadi parti pembangkang, perlu melaksanakan tanggungjawab semak dan imbang dan tunggu PRU-16.

No comments:

Post a Comment