Saturday, April 15, 2023

PRN 6 NEGERI TERTUMPU PADA PENGUNDI MELAYU

BERHADAPAN 6 pilihan raya negeri- Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu, pemimpin politik, pengamat politik, penganalisis dan juga rakyat fokus pada pengundi kaum melayu.

Dua anggapan berkaitan pengundi kaum itu, Umno tidak dapat menarik sokongan kaum melayu kerana faktor DAP (pandangan pemimpin Umno); dipihak Pakatan Harapan (PH) pula Umno adalah liabilti pada parti itu, kerana sebab itu, maka pengundi kaum melayu lebih cenderung pada Perikatan Nasional (PN) kerana anggapan mereka berasaskan fakta PRU-15.

Jika dua anggapan Umno dan PH berkombinasi, maka jelas PN akan mendapat sokongan kaum melayu. Jika itu yang berlaku, maka kebarangkalain keputusan pada 6 PRN itu, PN akan menang di Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu, di Selangor DUN tergantung, manakala di Pulau Pinang PH menang dengan majori mudah.

Jika keputusan itu akan sedemikian, apa kah implikasi pada kerajaan Persekutuan? Jawapannya tiada, sebaliknya kerajaan akan terus berjalan sehingga PRU-16 atau tamat penggal, terima kasih pada Undang-Undang Anti Lompat, kerana membendung pertukaran kerajaan bukan menerusi pilihan raya.

Secara umum pengundi melayu merasakan bahawa kerajaan Persekutuan pada masa ini bukan lah kerajaan yang membela untung nasib mereka, sebaliknya lebih memeritkan kaum itu. Atas sebab itu, majoriti kaum melayu cenderung memilih PN kerana mereka telah rasakan pembelaan, terutama semasa Pandemik Covid-19.

Ada lah jelas menerusi PRU-15, kaum melayu telah membuat keputusan parti pilihan mereka adalah PN, dan agar sukar menukar pendirian tersebut dalam masa singkat, termasuk pada PRN 6 negeri.

Lagi pun keputusan kaum itu adalah isyarat jelas pada kerajaan Persekutuan, mengenepikan kaum terbesar itu adalah malapetaka politik pada mana-mana pemimpin.

Apa yang akan berlaku, Umno terpaksa membayar besar atas keputusan parti itu bersama PH, apabila diabaikan majoriti daripada kaum melayu, kecuali lah ahli parti itu yang berjumlah 3juta.

No comments:

Post a Comment