Monday, April 17, 2023

PARTI POLITIK KENA BERSEDIA DEPANI SELERA RAKYAT YANG BERUBAH

MUNGKIN ada pemimpin politik masih tidak bersedia menerima perubahan selera rakyat, atas sebab itu masih bersandar pada nostalgia atau rekod lampau.
Bermula pada PRU tahun 2008 sebenarnya selera rakyat negara ini mula berubah, sebab itu ada yang mendapati adanya tsunami cina kemudian tsnunami melayu.

Atas sebab perubahan selera itu, maka Umno/BN lah yang merasakannya. Apabila perubahan selera hampir menyeluruh,maka Umno/BN hilang kuasa pada tahun 2018 (PRU-14) dan menjadi parti kecil pada tahun 2022 (PRU-15).

Berbagai alasan atau penyebab dicari-cari misalnya isu rasuah, salah guna kuasa pemimpin dan konco-konconya.

Hakikatnya apabila rakyat secara umum telah bertukar selera, maka parti yang dahulu diminati bertukar tidak diminati lagi.

Umno kelihatan diminati, hanya kerana jumlah ahli yang ramai iaitu 3juta atau hampir 10% daripada penduduk negara.

Akan tetapi secara umum, apabila tiba pilihan raya, jumlah ahli tidak dapat mengatasi jumlah rakyat yang telah mengubah selera.

Bagi pandangan penulis, dalam tempoh masa rakyat telah mengubah selera, tiada pendekatan parti itu boleh mengyubah selera rakyat.

Harapan Umno dengan Berkerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) untuk mengubah selera rakyat, terhadap parti itu tidak semudah itu,malah PH dalam keadaan disavantage kerana sanggup bekerjasama.

Parti yang mendapat kelebihan apabila PH dan BN berkerjasama adalah Perikatan Nasional (PN). Akan terlihat nanti, pada PRN 6 negeri pertengahan tahun ini.

Ramai pengamat melihat, akan berlaku kejutan besar di Negeri Sembilan dan Selangor,malah Pulau Pinang juga tidak terkecuali.

Bagi kaum melayu, tidak apa lah tidak dapat menguasai kerajaan Persekutuan, tetapi cukup lah di peringkat negeri.

Pengundi kaum melayu akan memberi sokongan pada PN sepertimana PRU-15. Bagi kaum melayu memerintah di Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis,Kelantan dan Terengganu ada lah batu loncatan untuk menguasai Johor,Melaka dan Perak serta Pahang.

No comments:

Post a Comment